Tuesday, October 31, 2017

Mind Set Pok Nik

Satu perkara saja yang perlu berubah jika kita nak ubah result yang kita dapat.
.
MINDSET
.
jika kita nak ubah income kita dari 4 angka ke 5 angka, kita kena ubah ni
jika nak ubah diri kita dari loser untuk menjadi winner, kita kena ubah yang ni
Jika kita nak ubah diri kita dari small winner kepada big winner, kita kena ubah ini.
.
===========
ramai orang fikir teknik ads akan buat dia dapat sales gila2 - tapi dia tak tahu teknik tu langsung tak dapat bantu dia kerana mindset dia akan stopkan iklan tu sebelum teknik iklan tu dapat tunjuk taring
.
ramai orang fikir kalau dia jumpa produk power semuanya akan berubah dan dia akan jadi kaya serta merta... tapi dia tak tahu kalau dia ada mindset juara.. dia jual tahi ayam pun dia akan jadi jutawan.
.
ramai orang fikir kalau dia jumpa satu mentor yang bagus yang akan bimbing dia, dia akan jadi pandai dan bijak dan hebat... tapi dia tak tahu yang dia akan tinggalkan mentor tu sebelum mentor tu dapat tolong dia... kerana dia rasa dia tak sesuai dengan mentor tu.
.
THE KEY IS YOU
WHO YOU ARE IS YOUR MINDSET.
.
.
poknik sedang menghadapi satu cabaran yang sangat hebat sekarang ni
.
poknik kena move kepada membina mindset yang betul
.
46 stokis, semua stokis ni poknik kena bina mindset diorang supaya diorang boleh pergi ke 5 angka.
.
Poknik kena jadi seorang yang lebih tinggi kemampuan untuk mencapai tahap baru dalam bisnes ni.
.
Insyaallah ini semua poknik yakin poknik boleh capai. Sesetengah stokis akan dapat ikut, dan sesetengah stokis akan jatuh gagal.
.
poknik harap poknik dapat bantu semua sekali berjaya.
.
so far... 7 orang sudah pun rebah dan jatuh dan gagal.
.
poknik tengok satu satu dan kaji satu satu kenapa mereka tak dapat ikut dan gagal .....
.
.
MINDSET.
.
mereka tak ada MINDSET CHAMPION.
.
belum apa2 dah down... rapuh sungguh jiwa.
.
sembang nak jadi jutawan
angin nak berjaya dunia akhirat
.

.
NEXT STEP - BINA MINDSET CHAMPION DALAM JIWA STOKIS.
.
good luck poknik. :)

Monday, April 10, 2017

Ini 6 Teknik Specifickan Audien Anda

Dah pergi banyak kelas FB Ads, tapi masih blur? Buat dulu 6 asas iklan ini sebelum anda jadi semakin mengarut.

Soalan:

Saya dah pergi banyak kelas, macam-macam teknik iklan FB Ads yang saya belajar, tapi saya patut mula dari mana ya?

Jawapan:

1. Baik cikpuan tak payah pergi banyak kelas kalau last sekali tak tahu apa yang perlu dibuat.

2. Asas iklan ini sama saja kalau pergi beratus ribu seminar di Malaysia dan luar negara. Ia terletak pada ‘sejauh mana kita kenal pelanggan yang kita nak jual.’

3. Jadi, jawab soalan ini dulu:

“Aku nak jual produk / servis ini kat siapa?“

4. Senaraikan dulu banyak-banyak. Kemudian kecil dan spesifikkan. Contohnya:

Umum: Aku nak jual kat wanita.

Spesifik: Aku nak jual kat wanita yang dah bekerja tapi ada masalah jerawat sebab selalu tak cukup tidur.

Lagi spesifik: Aku nak jual kat wanita yang dah bekerja tapi ada masalah jerawat sebab selalu tak cukup tidur, supaya dia tak malu lagi untuk pergi ke pejabat.

5. Itu contoh saja. Tujuan spesifik ini hanya satu: Supaya kita jelas kepada siapa kita nak jual.

6. Iklan tak boleh tembak pada semua orang. Orang yang selsema tak akan teruja nak beli ubat batuk, walaupun produk kita boleh selesaikan masalah batuk dan selsema.

Apabila sudah kuasai asas ini, baru praktiskan ilmu-ilmu teknikal FB Ads yang cikpuan dah habiskan beribu ringgit untuk belajar.

There is no charge for awesomeness.

Bagaimana Wujudkan Reason Membeli?

“ People don’t like to be SOLD, but they love to BUY” - Jeffery Gitomer

Jadi tugas anda ialah wujudkan REASON kenapa mereka perlu membeli dari anda.

BAGAIMANA nak wujudkan REASON ni?

Antaranya ialah:-

1) Produk yang TEPAT dengan masalah mereka

2) Presentation Produk yang ohsem dari segi rupabentuk, packaging dan designnya

3) Tunjukkan manfaat dan PENGALAMAN BARU yang bakal mereka perolehi selepas gunakan produk anda

4) OFFER yang menggoda dan SUKAR dilepaskan

5) Terangkan Services after Sales anda
.
.
Pernah dengar ungkapan bawah ni?

“ It’s not HARD selling. It’s HEART Selling"

Sunday, April 9, 2017

4 jenis pembeli + 4 Jenis Penjual

Ada 4 Jenis Pelanggan.
1. Yang Tak Nak Beli Langsung
2. Yang Tengok Orang Lain Beli Baru Beli
3. Yang Terus Beli
4. Dan Beli Lagi Sekali sebab Dah Suka

Halangan Berniaga Paling Kritikal ialah bila anda banyak jumpa Tangga No 1.
Jika anda tak terus melangkah, mana mungkin jumpa tanggan No 2 dan ke Puncak.

Ada 4 Jenis Jurujual
1. Tunggu Orang Datang Beli Produk Dia
2. Sebut Promosi, Promosi, Promosi Kepada Orang lalu Lalang Supaya Orang Singgah
3. Terus Jumpa Orang Yang Lalu Lalang cerita produk beliau dan jumpa seramai mungkin pembeli
4. Sentiasa Jumpa Orang, tak pernah serik dan Jual Produk itu sampai orang dah kenal dengan dia.

Halangan Berniaga Paling Kritikal ialah bila anda duduk di Tangga No 1.
Jika anda menanti dan terus menanti. Orang Lain berjalan dan terus berjalan.

Di sana Menanti, Di sini Menunggu = Bisnes Lingkup.

Aplikasi 6 Komponen Bisnes

-----------------------------------------------
Hari Isnin - Sales & Marketing

Pagi - Marketing
- Buat Iklan Fb Ads
- Follow Up
- Tulis Blog
- Meeting Agency

Petang - Sales
- Follow Up
- Uruskan Order
- Chek Invois

-------------------------------------------
Hari Selasa - Distribution

Pagi
- Siapkan Order & Hantar Pos

Petang
- Aktiviti Sales

--------------------------------------------
Hari Rabu - RND

Pagi
- Lihat semula iklan
- Setup Split Test utk improve conversion

Petang
- Aktiviti Sales
- Uruskan Order
- Follow Up

-------------------------------------------
Hari Khamis - HR

Pagi - HR
- Cari Agen dan Dropship Baru

Petang - Marketing
- Tulis artikel utk dipos di FB

-------------------------------------------
Hari Jumaat - Distribution

Pagi
- Siapkan Order dan Pos

Petang
- Production
- Restok

-------------------------------------------

Hari Sabtu

Pagi - Akaun
- Kemaskini akaun
- Study Perkembangan minggu tersebut

Petang
-Sesi bersama agent dan dropship
-Bina Networking

-------------------------------------------

Strategi Ambil Pekerja

Kumpul Duit hingga cukup 6 bulan gaji staff
Gajikan staff apabila cukup
Apabila ada staff sales dan order akan meningkat


Komponen Bisnes

6 Komponen Bisnes yang penting kepada bisnes kita.

1. Akaun ( Kewangan )

- Mengawas keluar masuk tunai
- Bayar kepada vendor / supplier
- Menerima Bayaran

2. Jualan dan Pemasaran ( Sales )

- Mengurus tempahan
- Mengurus pembelian dari pembeli
- Memastikan mereka berpuashati
- Aktiviti Pemasaran
- Mengutip hutang dari pembeli yang membeli secara credit.
- Menggunakan website e-commerce.
- Menggunaka whatsapp utk urus tempahan dari pelanggan

3. Research & Development (RnD)

-Diketuai pemilik syarikat
- Mencari taktik2 utk meningkatkan jumlah customer.
-Menghasilkan inovasi baru terhadap produk.
- Fokus utama
   1. Meningkatkan keuntungan syarikat
   2. Mengurangkan Kos
- Meningkatkan keberkesanan iklan dan aktiviti pemasaran.
- Mencari produk2 yang panas dan laku untuk dijual oleh syarikat.

4. Human Resources (HR)

- Menguruskan keluar masuk tenaga kerja
- Menggantikan pekerja baru
- Menggajikan Pekerja
- Pilih pekerja yang betul2 memberi penambaikan kepada syarikat.

5. Distribution

- Menghantar produk kepada pemborong atau tempat jualan.
- Jika pemborong dtg ambil sendiri di kilang, kos distribution boleh dikurangkan.
- Pos Laju

6. Production

- Menerima bahan mentah
- Menghasilkan produk
- Memastikan penghasilan produk berjalan lancar

Saturday, April 8, 2017

Nasihat Jack Ma

Nasihat dari orang paling kaya di China..

  *Wilson Jack Ma*
*Pengasas Alibaba*
 
Jack Ma berkata:

"Tolong beritahu anak-anak kamu bahawa dunia berubah setiap hari dan tiada sesiapa akan menunggu bila masa sudah berlalu.

Bila pemetik api dicipta, mancis perlahan-lahan lenyap. 

Bila kalkulator dicipta, abakus juga menghilang.

Bila kamera digital direka, jualan negatif filem tidak lagi wujud. 

Bila jualan langsung @ penjualan secara online meningkat, pemasaran secara tradisional menurun.

Bila smartphone guna 4G
(akses internet tanpa talian) diperkenalkan kpd dunia, kita tidak perlu lagi memasang komputer di rumah.

Bila wechat dan whatsapp
(mesej teks/suara/video bergerak) dibangunkan,  mesej teks tradisional (SMS) tidak lagi sepopular dulu.

Jangan kita tuduh "siapa ambil bisnes siapa." Ia hanyalah disebabkan orang lebih cepat menyesuaikan dan mengadaptasi kepada idea baru dan perubahan di dunia.

Ada org bertanya kepada Jack Ma, "Apakah Rahsia kejayaan kamu?" Dia berkata "Sangat mudah... Saya buat (bertindak) semasa kamu hanya memerhati."

Ingatlah dunia berubah setiap hari. Kalau kamu tidak berubah, kamu akan ketinggalan. Kamu Tuai apa yg kamu Semai dan Bagaimana Anda Guna *MASA* yang Ada.

Kalau kamu habiskan masa bergaul dengan orang-orang Berjaya, kamu menjadi seorang yang BERJAYA. 

Kalau kamu luangkan masa utk BELAJAR, kamu mungkin beroleh KEBIJAKSANAAN.

Kalau kamu luangkan masa utk MEMBACA BUKU untuk majukan diri, kamu akan beroleh PENINGKATAN DIRI.

Kalau kamu habiskan masa utk MINUM, kamu mungkin menjadi seorang PEMABUK.

Kalau kamu habiskan masa MENGOMPLEN, kamu akan menjadi seorang yang SUKA MENYALAHKAN.  

Kalau kamu habiskan masa menjadi seorang yang SUKA MARAH-MARAH, kamu mungkin menjadi orang yang TIDAK DISUKAI.

*Beza* antara *Orang yang Berjaya* dan *Tidak* ialah *Bagaimana Pintarnya Kita Menggunakan MASA*.

Buat tanpa Tapi..bertindak tanpa henti..
Salam sayang

Wednesday, March 29, 2017

CTA Power

1) Bank in harini dpt freegift/bonus
2) Bank in harini dpt diskaun
3) Bank in harini dpt postage free
4) Moneyback guarantee / refund policy

Monday, March 27, 2017

5 Golden Rules dalam sistem ejen.

1. Commitment

- Bila kita inginkan ejen untuk menjual produk kita, maka kita perlukan commitment untuk berikan panduan atau mentoring kepada mereka selagi mereka menjadi team kita.

2. Investment

- Banyak yang kita perlu invest atau laburkan kepada ejen-ejen supaya mereka sentiasa produktif. Investment di sini bukan bermaksud duit tetapi 'masa' untuk melatih mereka supaya menjadi Leader yang mantap.

3. Consistent

- Ramai orang mengalami masalah ejen datang dan pergi. Itu adalah masalah yang biasa dialami oleh ramai orang. Bagi mengatasi masalah ini, kita perlu sentiasa consistent merekrut ejen-ejen baru bagi mengekalkan momentum bisnes kita.

4. Patience

- Proses membentuk Leader memerlukan masa yang lama dan berperingkat. Jadi, sentiasa sabar dan fokus kepada program pembangunan ejen.

5. Involvement

- Sentiasa berinteraksi dan berkomunikasi dengan ejen supaya 'engagement' dengan mereka meningkat. Lebih kerap kita berinteraksi dan berkomunikasi dengan ejen, lebih rapat hubungan kita
dengan mereka.

Cara Tulis di Page

Jika anda seorang PENJUAL yang menjual di Online,

Ini pesan cikgu marketing saya ---

1) Bina Page.

2) Di dalam page tersebut, jangan sibuk menjual.

Jika anda menjual sambal meletop (contoh),

3) Jangan setiap hari, asyik UP gambar sambal meletop, dengan caption di bawah gambar --- "PM untuk pembelian"

4) Jika anda buat 10 pasting sehari, 10 posting tersebut semua padat dengan gambar sambal meletop anda -- Jangan lakukan perkara ini.

Apa yang patut anda post kan di PAGE anda adalah :-

5) Belakang tabir perniagaan anda. Kalau pekerja anda tengah memasak sambal meletop, snap pic situasi tersebut. Letakkan caption -- "proses membuat sambal meletop untuk pesanan hari ini"

6) Di post yang lain pula, apabila ada pelanggan hendak membeli sambal anda secara COD, ketika pesanan di hantar, mohon untuk bergambar dengan pembeli. Dan post kan gambar tersebut di PAGE anda. Letakkan caption -- "bersama pembeli sambal meletop siang tadi".

7) Sekali-sekala share maklumat. Share infos. Nak share maklumat dan infos apa? Share maklumat dan infos berkaitan produk sambal anda. Mungkin resepi. Mungkin bahan-bahannya. Atau apa istimewanya sambal anda? Makan sekali, berasap seluruh badan ke? Hehhee.. tuuu contoh je.

Dengan posting-posting tersebut, adakah anda menjual di PAGE anda?
Nampak macam tidak menjual bukan.

Tapi, jangan terkejut, tiba-tiba ada orang minta PM -- "Tolong PM harga sambal meletop"

Ini lah di namakan --- MENJUAL TETAPI TIDAK MENJUAL. Logiknya, Manusia suka membeli dengan orang yang mereka percayai.

Bagaimana mereka menanam kepercayaan dalam diri mereka terhadap anda?

Apabila, anda rajin post tentang belakang tabir perniagaan anda, tentang pelanggan anda, TANPA MENJUAL. Ini bermaksud yang anda adalah REAL SELLER.

Bukan seller yang asyik up iklan 10x sehari tanpa jemu.

Reni Bt Rahmat
Mengaplikasikan content marketing

Friday, March 17, 2017

Cara Dapat 10 orang pembeli


=========================
Di sana Menanti, Di sini Menunggu
=========================

Tujuan Iklan ialah Untuk Hebahan/Promosi terhadap produk yang kita nak jual

Promosi tak semestinya orang beli.

Ada kalanya orang beli.

Bagaimana nak pstikan org beli?

# Jual Ikut Apa yang Pelanggan Inginkan. (Sebab tu kita tidak jual sebarangan produk)
# Jual Kepada mereka yang memang nak cari mender ni (Sebab tak semua orang akan guna produk kita jual)

Boleh jadi 100 org tengok, hanya 10 berminat. Hanya 1 Membeli

Jadi jika nak 10 Jualan, kena bagi 1000 orang tengok.

Bagi Orang Tengok Secara Offline (Buka Kedai, Jumpa Orang, Send Wasap kat Orang) + Kena bagi org tengok Online (FBAds)

Wah Besar la Kos!!!

Ya. Vida Beauty & DHerbs makin kaya selepas habiskan berjuta ringgit di TV3

Maka, setakat 1 Iklan baru kita Run, kita dah nak kaya. Mana Boleh..

Kena POSITIF, kerana Menjual Nie Melibatkan Orang Lain Bagi Duit Kepada Kita.

Kita Kena Yakinkan Pelanggan Kita, Bahawa Produk Kita ini memenuhi keperluan dan selesaikan masalah MEREKA.
InshaAllah mereka akan beli suatu ketika nanati.

Berusaha Mencari Rezeki Yang Halal. Kata Orang, mana ada rezeki berlumba-lumba datang pada kita. Kita yang kena berlumba-lumba cari rezeki.

Moga Perkongsian Dari Saya ini Bermanfaat.
#amazing #coachzul #manjaddawajada

Sunday, March 5, 2017

CARA BUAT JUALAN 20K

Kita akan ubah mindset ke arah mencapai target jualan raya syawal kita tahun ini. Target sekitar RM 20 000 hingga RM 200 000 adalah tidak mustahil untuk kita capai.

Sebenarnya... semua target kita itu adalah semata-mata tentang 'scale up', atau 'ulang buat' perkara yang kecil yang sedia menjadi pada kita. Ulang berkali-kali sehingga tercapai target kita tadi.

Itu sahaja.

Pecahkan RM 20 000 kepada sehari, kita dapat RM 666 sehari. Katakan pula satu produk kita berharga RM 60, maka jumlah yang perlu dijual sehari adalah RM 666 / RM 60 = 11 unit.

Kalau kita mampu jual 11 unit sehari maka kita sebenarnya sudah ada cukup sumber untuk kita 'scale up' kepada RM 20 000 sebulan, dan seterusnya RM 200 000 tahun depan!

Kita tidak perlu pening-pening mahu cari taktik atau teknik yang canggih-canggih. Teknik yang asas pun sudah cukup ok.

Ya ... sebenarnya kita sudah ada semua perkara yang kita perlukan!

Itu adalah "Ah-Ha!" terbesar yang pertama!

Apa perlu ada dalam Database

Inilah Customer Database Yang Sebenar
===
.
Customer Database ini sebenarnya sangat mudah. Jangan kita terpinga-pinga memikirkannya.
.
Paling ringkas, Customer Database adalah senarai nama, nombor telefon dan/atau emel SEMUA pembeli yang pernah membeli dengan kita.
.
Lebih sedikit lagi, ianya disertai dengan senarai produk, harga dan tarikh pembelian oleh customer di atas.
.
Lebih canggih lagi, setiap pembeli tadi disertai juga dengan semua perbualan yang telah berlaku antara mereka dengan kita.
.
Paling super canggih, setiap pembeli tadi disertai juga dengan semua kempen marketing yang pernah mereka terima dan juga yang pernah mereka respons.
.
Inilah semua data yang perlu ada dalam Customer Database.
.
Sebab itu namanya Customer DATAbase ... ada perkataan DATA di situ.
.
Daripada data inilah kita boleh nampak pattern pembelian dan pattern customer kita. Inilah maklumat paling mahal dalam setiap bisnes.
.
Dengan maklumat ini, kita boleh rancang kempen yang lebih tepat agar lebih win-win kepada kita dan juga pelanggan.
.
.
ps: Sebab itu jugalah, repeat customer adalah jauh lebih bernilai daripada new customer!

Ayat Iklan Ajak Org Bisnes

Kepada mereka yang makan gaji dan tidak pernah berniaga, tetapi mahu mula bina projek 'duit tepi':

Perkara pertama yang perlu dipelajari adalah MENJUAL.

Tidak kisah jual apa pun, asalkan ada orang bayar untuk benda yang kita jual. Sudah cukup dah.

Tidak kisah pada harga apa sekalipun, asalkan ada orang beli benda yang kita promosikan, sudah cukup dah.

Tidak kira kita jual online atau offline, di facebook atau di pejabat, di mudah.my atau di pasar malam, asalkan ada orang beli benda yang kita pamerkan, sudah cukup dah.

Buang rasa 'malu' dalam menjual dengan cara: menjual. Tiada cara lain.

Lepas dapat pengalaman menjual baru akal kita berfungsi dengan betul dalam merancang bisnes.

Tidak lagi berangan di awang-awangan.

Tidak lagi fikir mahu buka kedai.

Tidak lagi kejar pinjaman bank.

Customer - Cara Simpan Database

2 Cara Mudah Simpan Customer Database
===
.
Selepas kita faham kepentingan customer database maka datanglah isu pertama: macamana nak BUAT customer database ni?
.
Dan perkara yang ada dalam fikiran ramai orang adalah: apakah software yang paling bagus untuk uruskan customer database ini?
.
Sebenarnya, itu adalah soalan yang tidak tepat.
.
Dan kita tahu: jika soalan tidak tepat, jawapan kita pasti jauh tersasar.
.
Soalan tersebut tidak tepat kerana ianya salah fokus. Soalan dengan fokus yang betul adalah: "Macamana aku nak simpan customer database dengan cara paling mudah untuk aku konsisten?"
.
Ya, kita patut fokus pada 'paling mudah untuk buat kita konsisten' dalam menyimpan database pelanggan.
.
Ini kerana, perkara paling hampeh pada customer database kita adalah: data yang tidak konsisten. Kejap ada data, kejap tiada.
.
Perkara kedua hampeh adalah tidak cukup data point. Ada data yang kita tidak kutip.
.
Tiada data = tiada analisis.
.
Tiada analisis = tiada tindakan.
.
Tiada tindakan = tiada sales.
.
Daripada pengalaman lalu, secanggih mana pun software yang kita beli, akhirnya faktor yang paling penting adalah adakah kita konsisten menggunakannya.
.
Itu sahaja.
.
Dan daripada banyak software yang pernah dicuba, ada 2 Cara paling mudah untuk kita simpan customer database, iaitu:

1) Buku+Resit dan 2) Excel
.
Dalam erti kata lain: Buat sahaja secara manual!
.
Malah, untuk fasa awal, inilah cara paling mudah untuk kita:
1) Belajar Simpan data
2) Bina disiplin simpan data
3) Memerhatikan trend customer daripada data
.
Kita secara tidak sengaja akan belajar melihat pattern respons customer kita apabila kita buat semuanya secara manual.
.
Mengapa mahu bina disiplin? Kerana itulah sikap yang paling bagus boleh kita bina. Kebaikannya boleh menembusi sehingga bidang-bidang lain. Tidak terhad kepada simpan data semata-mata.
.
Kita akan terlepas semua itu jika kita mengharapkan sistem automatik semata-mata.
.
Next: Kita akan lihat bagaimana untuk bina customer database secara manual sahaja.
.
.
Izwan Wahab
#notabisnes

Customer - 3 Jenis Kempen Semasa Peristiwa

Kempen Raya yang bagus harus ada 3 objektif yang berasingan.

1 kempen untuk dapatkan customer baru 1 kempen lagi untuk meraikan customer
1 lagi kempen untuk semua customer database.

Nampak tu: ada 3 jenis customer!

10 BENDE PENTING KENE LETAK DALAM IKLAN































Customer - Cari Sebanyak Mungkin Repeat Customer


"Kau sekarang dah dapat customer database. Itu jauh lebih mahal daripada semua benda yang ada pada bisnes kau."
.
Fateh memandang Aman. Kadang-kadang dia rasa macam ayam berak kapur pun ada bila berjumpa si Aman ni.
.
"Dengan customer database itu, kau sekarang boleh follow up depa untuk jual lebih banyak unit." Sambung Aman, kali ini tersenyum.
.
Fateh masih memandang Aman.
.
"Kau harus tahu, semua yang engkau lakukan sebelum ini bukan untuk buat untung. Bisnes yang baru bermula tidak harus fokus buat untung. Yang kau sedang fokus adalah bina Senarai Repeat Customer."
.
Aman memandang Fateh tepat pada mata beliau. Mereka saling pandang-memandang.
.
Otak Fateh semakin laju berpusing.
.
Akhirnya Fateh bersuara:
.
"Maksudnya, untung tak kisah cukup-cukup untuk survive, asalkan senarai customer meningkat, begitu?"
.
"Ya betul! Dan kenapa kita mahu repeat customer meningkat?" Sambung Aman. Beliau dapat rasa perbincangan mereka hampir tiba ke hujungnya.
.
"Supaya, mereka repeat beli. Bila mereka repeat beli maka kita tidak payah susah-susah buat ads bagai dah!" Terbuntang bulat mata Fateh. Baru beliau nampak apa yang Aman nak bagitahu.
.
Aman tersenyum. Beliau angkat cawan teh tarik dan menggayakan 'cheers' kepada Fateh.
.
Fateh tersandar puas.
.
Dia tak sedar yang dia masih belum order apa-apa lagi daripada tadi.

Customer - Kolam Customer

Database terbahagi kepada banyak 'kolam'. 3 kolam yang paling asas adalah:
1) Kolam Strangers
2) Kolam Prospek
3) Kolam Customer

Kolam Customer dikenali juga dengan nama: Customer Database.

Kerja marketing dan advertising adalah menapis dan memindahkan isi kolam ke kolam yang betul.
1) Tarik Strangers dari luar masuk ke kolam strangers kita
2) Tapis Strangers masuk kolam prospek
3) Tapis prospek masuk kolam customer

'Tarik' dan 'Tapis' itulah kerja iklan kita yang sebenar.
.

Kolam Customer lebih istimewa. Dalam kolam Customer ada 4 kolam yang lebih spesifik iaitu:
.
1) Kolam New Customer
2) Kolam Repeat Customer
3) Kolam Long Time No See Customer (LTNS)
4) Kolam No More Customer (Churn)
.
New Customer adalah kolam mereka yang baru beli buat pertama kali.
.
Kolam Repeat Customer adalah kolam mereka yang telah banyak kali beli.
.
Kolam Long Time No See pula adalah kolam mereka yang pernah beli tetapi dah lama gila tak beli dan tak respons pada iklan/mesej kita.
.
Kolam Churn ini adalah kolam yang tak ramai usahawan sedar bahawa ia beri impak yang sangat besar: kolam bagi customer yang kita dah confirm dia tak nak beli lagi dah.
.
Lain kategori customer maka mesej, tawaran dan targetting pun jadi berbeza!
.
Sebab itu penting kita ada Customer Database. Hanya dengan itu baru kita nampak siapakah customer kita yang sebenar.
.
.
Izwan Wahab
#notabisnes

Friday, March 3, 2017

Cara Dapat Frequency Tinggi Fb Ads

Cara nak dapatkan frequency tinggi untuk iklan,

-audience yang betul2 targetted x perlu besar,disarankan bawah 100 ribu potential reach untuk bajet rm 100

-klau bajet rm 50 boleh buat rendah daripada 50 ribu potential reach,

nak lebih lagi boleh join kami di pukat tunda 2.0,

teknik paling gila 2017,

contact Mohd Zul Haqeem atau saya untuk keterangan lanjut,

Rm 25x300unit
Modal Rm7500

dijamin habis dalam masa sebulan,dengan pulangan bersih rm 13500

Wednesday, March 1, 2017

Cara buat link terus masuk ke wassap

Sharing dari group agent..

Morning ☺
Kakno nak share cara nak prospek klik link terus ke wasap tanpa save no telefon kita.

Format 1: No telefon sahaja.

www.wasap.my/601125675719

+ Tukar kepada no telefon anda.
+ Pastikan ada no 6 kat depan.

Format 2: No telefon & Mesej.

wasap.my/601125675719/Saya%20nak%20magicblue

+ Tukar kepada no telefon anda.
+ Masukkan mesej sesuai.
+ Jika ada space/jarak gantikan dengan %20.
+ Gunakan bit.ly kalau nak pendekkan url.

Free je guna selagi ada. Semoga bermanfaat 😍

TEKNIK CLOSE SALES GERILLA.

1. LISTKAN NAMA2 BAKAL PROSPEK SERAMAI 21 ORANG UTK PERMULAAN. AMEK LA DRI DATABASE CUSTOMER2 KITE SEBELOM NIE ATAU BOLE PILIH RANDOM DRI KAWAN2 FB.

2. PM DIORG, KENALKAN DEKAT DIORANG APE YANG KITE BUAT SEKARANG..KITE JUAL APE..SHARE KEBAIKAN PRODUCT KITE.

3. INI MMG HARDCORE SEBAB LEBIH KURANG MACAM DIRECT SELLING..

4. DARI 21 ORNG BAKAL PROSPEK TO, REMARK SETIAP FEEDBACK DIORNG..CONTH KALAU X LAYAN KE..DIORNG ORDER KE..KOT KALAU DIORNG BERMINT NAK JADI DROPSHIP KE..

Strategikan Pemasaran Bisnes Online

📝Strategikan Pemasaran Bisnes Online

🔹Ramai yang gagal di dalam bisnes online kerana gagal untuk merancang strategi pemasaran. Apabila pesaing ada blog, maka diri sendiri pun terkinja-kinja nak buat blog shop atau kedai online sendiri. Apabila pesaing ada facebook dan instagram, maka terus-terusan cipta dan wujudkan akaun di laman sosial tersebut. Rancangnya tidak, hanya terus buat dan terus promosi.

Setiap sesuatu tindakan yang menghasilkan kejayaan perlulah dirancang dengan baik. Anda perlu fikir apakah platform paling sesuai untuk mempromosikan bisnes online anda, dan fikirkan apakah pula platform paling sesuai untuk menjual produk anda. Jual dan promosi adalah dua perkara berbeza.

CTA

Apakah Call To Action-CTA?

Merupakan satu seni dalam ayat jualan yang mengarahkan/menggalakkan /merangsang seseorang untuk terus melakukan sesuatu tindakan seperti berfikir, mendengar, bertanya dan lain-lain perbuatan.

CTA sangat penting untuk strategi jualan sama ada secara bersemuka dengan pelanggan mahupun tidak(menerusi ‘copywriting’ ,flyers, banner,online,surat jualan).Ayat jualan yang dipenuhi fakta produk semata tidak akan mampu untuk menarik perhatian prospek untuk terus membacanya kerana mereka tidak menemui ‘tujuan’ yang jelas mengapa perlu ambil perhatian/teruskan membaca surat jualan tersebut.

Ramai yang beranggapan ayat CTA hanya boleh diletakkan pada penghujung ayat jualan. Ini tidak benar kerana ayat CTA sebenarnya boleh diletakkan pada awal, pertengahan dan pengakhiran suatu surat jualan.

Ayat-ayat CTA yang disusun dengan baik akan menjadikan suatu pertanyaan / jualan begitu mengujakan dan meningkatkan peratus kemungkinan prospek untuk mendapatkan jualan dan respon.

Beza Marketing Dan Sales

Banyak peniaga kecil tidak tahu perbezaan antara sale dan marketing. Mereka sangka sale dan marketing itu perkara yang sama.

Lazimnya, peniaga kecil tidak mahu mengeluarkan duit untuk belanja marketing. Mereka tidak nampak kaitan antara marketing dengan peningkatan sale.

Mereka fokus pada aktiviti sale sahaja. Ini kerana mereka boleh nampak duit masuk apabila ada sale.

Inilah kerja dan KPI orang marketing:

+ Dia mesti buat sampai semua orang TAHU akan kewujudan bisnes kita.

CONTOH: Jika kita buat taska, orang mesti tahu taska kita wujud. Kalau orang tidak tahu kita ada taska, macam mana mereka hendak mendaftarkan anaknya di taska kita?

+ Dia mesti buat supaya orang bukan setakat tahu, tapi sampai mereka timbul MINAT.

CONTOH: Jika orang setakat sudah tahu kita ada taska, tapi mereka tidak berminat dengan taska kita, maknanya taska kita takkan laku. Mereka tak mahu hantar anak mereka ke taska kita.

+ Dia mesti buat supaya orang bukan setakat ada minat, tapi sampai mereka memang MAHU.

CONTOH: Ini yang mesti dicapai orang marketing. Orang mesti MAHU mendaftarkan anaknya di taska kita. Padahal taska kita belum pun dibuka, tapi ibu bapa sudah mengisi borang pendaftaran!"

*****************************************

Apa beza 'sales' dan 'marketing'?

Sales fokus kepada:
+ jualan
+ produk dan pengedaran
+ kuantiti terjual (ini yang paling penting)
+ kesan jangka pendek
+ bertindak...bertindak...bertindak....

Manakala aktiviti pemasaran atau 'marketing' fokus kepada:
+ analisa pasaran
+ apa yang diperlukan oleh pelanggan
+ strategi penasaran (ini yang paling penting)
+ kesan jangka panjang
+ fikir...rancang....fikir...rancang

Namun, ada satu lagi aktiviti penting selain sales dan marketing, iaitu rancangkan  strategi bisnes, atau genius strategy atau strategic talents yang fokus kepada:
+ menghasilkan / inovasi produk hebat
+ sentiasa fleksibel mengikut situasi
+ merancang untuk semua situasi
+ predicts future results
+ fikir 3x sebelum ambil apa-apa keputusan

MARKETING & SALES

======
Apa kerja Marketing
Apa kerja Sales
======

Marketing

1. Pasang banner ini kerja marketing.
2. Bagi flyers ini kerja marketing.
3. Buat website ini kerja marketing.
4. Hantar surat offer, ini kerja marketing.
5. Minum kopi / bernetworking ini kerja marketing.
.
Sales
1. Negosiasi harga itu kerja sales.
2. Siapkan quotation itu kerja sales
3. Jumpa pelanggan itu kerja sales.
4. Close pelanggan itu kerja sales.
5. Kekalkan pelanggan itu kerja sales.

.

Jadi mulai sekarang sila
asingkan kerja marketing dan sales.

Secara mudahnya nak faham.

Aktiviti Marketing adalah aktiviti membakar duit.
Aktiviti sales adalah aktiviti duit masuk.

Jangan lupa share hokey.

*******************************************

Ringkasnya begini, katakan anda ada kedai:

Marketing - tarik prospek datang kedai
Sales - pujuk prospek membeli

Sebaiknya, marketing orang lain,  sale orang lain

Kalau anda buat Ads, WhatsApp masuk bertalu2 tapi xde sale,  maknanya marketing anda dah bagus. Problem dekat sale.

Jangan buang masa belajar Marketing lagi advance.

Perbaiki skill jualan.

Jangan salah ubat!

Monday, February 20, 2017

Fasa Prospek

Fasa Prospek Dalam Marketing:

1. Tahu
2. Suka
3. Mahu

Setiap fasa, mesejnya berbeza.

Rancang marketing supaya:

1. Kumpul prospek
2. Buat mereka tahu
3. Buat mereka suka
4. Buat mereka mahu

Masalahnya, kita selalu gelojoh nak compile semua mesej dalam 1 iklan jer.  Hahaha.. 

Kenapa Gagal Buat Iklan

Masalah ramai gagal buat jualan : jual kepada strangers.

Padahal, dia sendiri tak nak beli dengan orang yg dia tak pernah kenal, tiba2 nak jual produk.

Maksudnya, buat iklan terus menjual.

Sepatutnya:

1. Iklan kumpul prospek.
2. Iklan educate prospek tentang nilai produk kita.
3. Imlan bina kepercayaan
4. Iklan menjual kepada mereka
5. Iklan repeat sale

Remarketing/retargetting : bukan bagi iklan yg sama berkali2 kepada orang yg sama.

Tapi,  bagi message yg berbeza2 yg disusun sesuai objektif Marketing.

Sunday, February 19, 2017

Cara Dapatka Database Email

Berikan Ebook Percuma

Beritahu akan dihantar melalui email

Maka kita akan dapat e-mail

Dari e-mel kita akan dapat database mereka.

Auto Post

https://bot.andter.com

👆👆👆👆👆👆👆👆

Praktis Closing Setiap Hari

#Tips CLOSING
.
Kita hanya perlu praktis dan terus praktis closing setiap hari.
.
Letak target sekurang2nya berhadapan/closing kepada 30 orang prospek setiap hari. (letak juga jualan sasaran harian anda)
.
maksudnya sebulan kita akan berhadapan 900 org.
.
3 bulan kita akan berhadapan dengan 2700 orang.

.

dalam masa 3 bulan ini kita sepatutnya sudah faham MASALAH pelanggan. BEHAVIOR pelanggan. cara pelanggan BERFIKIR. dan kita sepatutnya berada pada 1-2 level lebih baik drp kita bermula.
.
malangnya apa yg #AbeMie nampak ramai dikalangan kita giveup lepas 2-3 hari. Ingat 3 hari cukup buat anda jd serba tahu? hahaha
.
.
Dik, meh sini #AbeMie nak bagitahu...
.
DAVID BECKHAM pun praktis FREE KICK beratus tendangan sehari sebelum menjadi pakar tendangan percuma.
.
TIGER WOOD praktis memukul beratus biji bola sehari sebelum menjadi pemain golf ternama.
.
.
tapi kita, belum apa2 dah GIVEUP. Budjet bagus. acaner tu?
.
.
.

Copy Paste

#DemiSekepingRoti.

Membina Bisnes

*Membina Bines*

Fasa 1 - Besarkan Saiz Pelanggan

Fasa ni, tarik seramai mungkin prospek.

Engage dengan mereka hingga mereka convert jadi pelanggan.

Trick - offer barang murah dulu yg mereka tak berkira nak spend. Sekali mereka membeli, mereka percayakan kita.

Kekalkan engagement secara berkala.

Fasa 2 - Naikkan Nilai Pelanggan

Repeat & referrals.

Offer nilai yg besar. Offer jadi agen dll.

Fasa 1 - Kerja memang banyak sangat2.

Fasa 2 - Kerja makin kurang

Penting untuk kita pilih produk yang bersifat consumable/subscription supaya ada repeat sales.

Pastikan pelanggan dapat nilai yg mereka mahukan.

Barulah makin lama kerja makin kurang, tapi bisnes berkembang. 

Wallahu'alam.

PS - The devil is in the details. 😅👻

Bisnes Jangan Lawan Fitrah

Salah seorang Ustaz selebriti pesan kepada saya, "buat bisnes jangan lawan fitrah."

Dah masuk 3 orang yang cakap demikian. Words dan ayat yang sama. 3 bulan ambil masa nak faham.

Sebelum ni, orang pertama sekali yang kata adalah Abah.
Tahun lepas saya masih lagi layan PM sampai tengah malam. Terutama bila dah run FB Ads. Tiap kali Abah ketuk bilik mesti kata, "Tak tidur lagi? Pukul berapa dah ni. Sambung esok pagi."

Hingga Abah tetapkan rules, iphong letak tepi. Setiap malam pergi talaqqi. Adat orang bisnes online, handphone tu lekat sebab selalu terkejar-kejar jawab PM.

Peringkat awal, saya tak faham terma "bisnes biar ikut fitrah." Sibuk nak closed deal walau dah larut malam.

Rupanya...
Abah nak ajar bagaimana tanpa jawab PM sampai lewat malam sekali pun rezeki tetap masuk dengan mudah.

Kadang tak buat marketing, tup tup PM masuk dan closed deal.

After isyak stop layan PM. Abah suruh tidur awal bangun tahajud. Kerana kejayaan bukan diukur dari segi lewat mana kita tidur usahakan sesuatu, namun seawal mana kita bangun dan mengerjakan yang hak.

Masa awal-awal, kedegak tak mau dengar cakap. Last-last relakan faham dan buat, baru rasa sendiri bagaimana buat bisnes ikut fitrah.

Mungkin duit yang dapat tak banyak, namun ia lebih dari cukup dan berkat. Allah datangkan dari sudut anak-anak tak banyak kerenah serta urusan, fikiran dan hati lapang.

Kita ada masa pergi masjid, diri tenang dan gembira, belajar ilmu bisnes mudah faham hingga tergerak bertindak serta kita buat sikit je dalam bisnes, Allah beri melimpah.

Kita bukan bisnes dengan orang. Kita tengah berbisnes dengan Allah. Utamakan Dia dalam segala hal, yang lain tu jadi mudah. Insya Allah.

-BizJadiRezki
cnp

--- # self-reminder Bynadiaruslee

Monday, February 13, 2017

Ape Perlu Ada Dalam Busines

Dalam berbusiness, kita kena ada perasaan bahagia.
.
Kita kena berbahagia untuk:
1. Beri manfaat kepada pelanggan
2. Beri manfaat kepada supplier
3. Beri manfaat kepada pemiutang
4. Beri manfaat kepada rakan niaga
5. Beri manfaat kepada keluarga
6. Beri manfaat kepada team kerja
7. Beri manfaat kepada masyarakat
.
.
.
Janganlah asyik pikir diri sendiri. INGAT----> bila kita berkongsi rezeki, Allah dengan BAHAGIANYA akan memberi rezeki yang melimpah ruah kepada kita.
.
.
Kita yang berbusiness banyak bercita-cita nak jadi seperti Abd Rahman Bin Auf tetapi sedarkah kota bagaimana beliau sanggup memberi wangnya ke Jalan Allah setiap kali mendapat peluang? Lagi banyak beliau beri, lagi banyak yang datang. Malahan tak habis-habis!
.
.
Sahabat yang berbusiness,
.
Ekonomi kita tidak akan berubah jika kita masih tidak berani untuk berkongsi. Marilah KITA YaKIN akan kuasa Allah iaitu kuasa JEMAAH.
.
.
.
Sahabat sekalian,
.
4 tahun saya berniaga, banyak kali saya terlanggar dinding. Apa yang saya belajar adalah:
.
1. Kena ada orang alim dalam team business kita
2. Kena ada amalan-amalan untuk menarik rezeki
3. Bantu org lain untuk tambah pendapatan
4. Berbaiklah dengan supplier
5. Bersahabat dengan industry
.
.
.
Business kalau tak kena cara, penat! Tapi, kalau kena cara, lain macam penangannya.
.
.
.
Jom sama-sama kita berdoa.
.
.
" Ya Allah, Maha Kaya dan Maha Pemurah. Berilah rezeki yang Halal kepada kami agar kami dapat memberi kepada pekerja kami, keluarga kami dan untuk Agama kami. Permudahkanlah dan dekatkanlah Kami dengan Engkau Ya Allah!"
.
.
.
Amin.
.
.
.
#APC
#Zaahara

Friday, February 10, 2017

Setting FB Ads Untuk Magic Blue

Target Audience

Interest
+sifufbads
+azizan osman
+irfan khairi

Age

+25-35

Location

+tulis semua nama ibu negeri
+(kecuali sabah sarawak n perlis)
+jgn tulis "malaysia"

Sex
+set men n women

Saturday, January 28, 2017

Anda baru bisnes tahun pertama?

Tahun Pertama Berniaga ialah Tahun Belajar
.
.Belajar ilmu
.Belajar kenal pelanggan
.Belajar kenal produk
.Belajar mengawal emosi
.Belajar erti kalah
.Belajar senyum
.Belajar gagal

Tahun pertama ialah tahun emosi cedera parah.Tahun kedua kita akan lebih cool.Dulu saya belajar berkuli dahulu.Masa tu dalam hati asyik marah jer gan guru.Setelah hampir 11   tahun dengan sepak terajang perniagaan.Baru faham kenapa guru saya suruh berkuli dulu.
.
.
.Orang cakap bisnes indah hakikatnya takda yang indah.Orang cakap nak berjaya kena sentiasa positif kadang-kadang kita ve juga.
.
.
.Akhirnya saya sedari sesuatu
.
.
.Kita hanya manusia kan.Tidak sempurna.Indahnya aturan yang Maha Esa.Kita kena sentiasa bersyukur dengan nikmatnya.

Monday, January 23, 2017

Kenapa Tak Nak Buat FB Ads

Based on statistik
25.8 juta rakyat Malaysia
15.2 juta pengguna telefon pintar

1.79 billion monthly active FB users (data on 11 feb 2016)
500 million monthly active Instagram users (data on 21 jun 2016)
1 Billion monthly active Whatsapp users (Feb 2016)

ini tak termasuk sms marketing, email marketing, blog

Ambil purata 1% sahaja drpd dunia online, dah cukup buat kita meninggal kita nak reply pm..

Rasulullah bersabda,
IKAT UNTA KAMU DULU, BARU BERSERAH

usaha posting secara konsisten, persisten
Selebihnya tu serah urusan rezeki pd Tuan Empunya Rezekilah

Dpt banyak pun bersyukur
Dpt sikit pun bersyukur

Saturday, January 21, 2017

Skrio close sale

PANDUAN CLOSE SALE Whatsapp

Step 1:
-Mulakan reply dengan ucapan terima kasih,
-Perkenal diri,
-Tanya nama cstmer
cth:
Customer:Assalamualaikum
Jawab:Wassalam,terima kasih kerana berminat dengan produk saya, nama saya Sarmie Mongin panggil kak mie dari kuantan ,boleh tahu siapa nama sis/ en dan dari manasis/ en (Kalau boleh letak emotical muka senyum,ini akan menyerokkan lagi mereka baca,xboring)

Step 2
-Nak letak ucapan terima kasih dekat sini pon boleh
-Pengenalan produk,khasiat
-senaraikan masalah fokus masalah ruting,kalau resdung selalunya kerap bersin, asma, gatal muka, cyst, masalah pernafasan dan jerawat.
-Bagi soalan "Antara masalah yang saya berikan diatas yang mana satu anda kerap alami ?saya nak tunjuk testimoni yang betul-betul sama seperti anda alami.
*Emotical menarik jangan lupa letak emotical.

Step 3:
-Jika produk anda sekadar utk satu fungsi,anda boleh terus bagi testimoni,tetapi jika produk anda banyak fungsi beri testimoni yang berkenaan dengan masalah cstmer.

Cth:
GAMBAR TESTIMONI
(Penerangan Testimoni,kesan sebelum pelanggan beli,dan selepas,lagi baik letak nama pelanggan,tempat,dan tarikh beli)
Letak cukup sekdar 2-3 testimoni dahulu dan akhiri dengan soalan.

Contoh Soalan
"Saya ada banyak lagi testimoni lain,jika anda belum yakin saya boleh tunjuk lagi, produk ini memang berkesan"Letak emotical senyum sekali".

"Ok tak testimoni tu ?saya ada banyak lagi testimoni.."

Step 4 :Bagi list harga
-Jika anda ada buat promosi,letakkan hiasan dekat ayat promosi tu agar cstmer cair kepada ayat promosi tu.

Adik kakak sayang, kita share benda yang baik yer.

Friday, January 20, 2017

Cara FbAds

4 PETUA UNTUK TINGKATKAN SALES SETIAP HARI MENGGUNAKAN FB ADS DENGAN KOS YANG RENDAH :
===========================
.
1. Letak Budget RM10 Sehari
.
Kenapa? Sebab kalau letak daily budget tinggi-tinggi, selalunya FB akan makan duit anda dengan sesuka hati. Ikut bajet yg ada. Minimum budget iklan RM3 je sehari pon boleh. Kalau kita pandai setting iklan, dengan RM3 tu pon dah membantu sangat dengan menarik 800 target prospek nampak iklan kita. Wow!
.
2. Pilih ' People Who Live In This Location'
.
Pernah tak anda rasa kenapa banyak like tapi tak ramai yang membeli ? Jadi, inilahh sebabnya ! Pilihan di atas adalah lebih spesifik dan baik jika dibandingkan dgn 'Everyone in this location' yang target sesiapa saja yang berada di lokasi tu, termasuklah geng 'orang luar' spt mat2 indon. hehe
.
3. Pilih 'Mobile Newsfeed'
.
Daripada pemerhatian saya, jika anda pilih 'Dekstop Right Column',  bilangan orang yang menggunakannya sangat rendah. Dan ternyata ramai yang gemar membeli menggunakan fon. Jadi, target terus iklan di 'Android Smartphone' dan membuatkan iklan anda menjadi murah. Tak percaya? BUAT dulu baru dapat hasilnya !
.
4. Reply PM Yang Anda Dapat Dalam Masa 24 Jam
.
Apabila anda reply dengan cepat, prospek akan menjadi lebih mudah percaya kepada anda. FB juga melihat kadar respon anda di page. Jika anda respon dengan cepat, FB akan beri kos iklan yang lebih rendah kepada anda.
.
Petua-petua ini merupakan antara ratusan tips & teknik yang akan dipelajari dalam Like Method. Anda berminat untuk belajar dengan lebih mendalam? #LIKE & #SHARE post ini dan kemudian komen 'PM' sekarang.
.
Saya akan bagitahu anda bagaimana caranya...
.
Psst: . Berminat nak buat Sales setiap hari menggunakan FB Ads dengan kos rendah, TANPA perlu keluar rumah atau pergi mana2 kelas mahupun seminar? Saya nak ajar anda.
.
Komen PM untuk belajar dari saya.

Tolong Sado!

Today awak promote barang tiada orang nak beli.
Tapi 10 orang tengok iklan awak...
One week awak promote pun tiada orang nak beli . 😯
Tapi dah makin ramai kenal awak and tahu apa yang awak jual .
One month awak promote lagi pun sepi jugakkk ....😂😂😂😂
Tapi lebih 500 friends fb awak dah tahu apa yang awak jual .

Bulan kedua awak give up and terus stop !
Sebab time tuh awak rasa dah tak boleh buat bisnes , tak laku katanya .

Bulan kedua tuh lah ramai pulakkk yang tunggu mana iklan awak , barang awak and business awak . Cust dah ada duit nak beli . Tapi awak ????

Dah pun berhenti ....😢😢😢

Hey bro , hey sis !
Sado sikit boleh tak ?
Jangan pernah mengalah . Maybe bulan pertama agak sukar , tapi selepas tu InshaAllah akan ada .

Yang penting iklan iklan dan terus iklan tanpa henti .
Usaha tangga kejayaan 😊😊

#copy paste

Thursday, January 19, 2017

Tips Busines Utk Org Yang Baru Nak Mula Bisnes

Apabila modal yang ada kecil, lakukan ini:

+ Jangan pilih bisnes yang modalnya besar, sampai terpaksa membuat pinjaman.

+ Pilih bisnes yang modalnya kecil, kurang dari 2k ringgit.

+ Pilih bisnes yang duit cepat masuk balik. Modal itu dapat dipusing-pusingkan dengan laju.

+ Jangan pilih bisnes yang terpaksa menunggu lama sebelum duit masuk balik.

.

Teknik Marketing Powerfull

JIKA INGIN BISNES KENCANG, ANDA WAJIB IKUTI TEKNIK MARKETING POWERFUL INI :

Satu soalan yg sering diajukan, 'apakah teknik marketing terbaik untuk buatkan hati customer sentiasa berpaut dgn kita?'

Jawapan : kita boleh menggunakan ribuan teknik marketing, tetapi bagi saya ada satu ASAS yang jika ia dilakukan, semua teknik marketing selepas itu menjadi iaitu :

Sebelum kita ingin buatkan hati pelanggan 'cair, pastikan kita 'cairkan hati' PENCIPTA PELANGGAN (Allah s.w.t)  dahulu. Kuasai teknik 'marketing' untuk buatkan DIA 'jatuh hati' kepada kita. Kemudian senanglah kerja anda.

Mengapa? Sebab Dialah yang menggerakkan hati pelanggan untuk sukakan produk kita. Jika Dia tak gerakkan, anda belanjakanlah ribuan ringgit, pelanggan tetap 'touch', tapi tak beli then 'go'.

Saya yakin ini prosesnya dan ia tak boleh di'skip' atau di'reverse'. Maaf teknik ini memang anda tak temui jika ikuti mazhab marketing barat kerana Tuhan tiada dlm kamus kapitalis mereka.

Bagaimana cara terbaik untuk 'tackle' hati Dia?

Boleh start dgn small effort but powerful impact. Ia digelar : MULAKAN HARI ANDA DENGAN BERHUTANG.

Maksudnya, wajibkan diri dengan berzikir 'istighfar' at least 100x dan selawat 100x kerana kedua zikir ini amat besar fadhilatnya utk menjemput rezeki.

Tetapi saya faham kadang2 kita agak culas. Maka gunakan teknik ini : Saya setkan minda setiap pagi dengan mindset 'berhutang' kepada Allah. Hutang 100 istighfar dan 100 selawat. Dan ia wajib dibayar sebelum 12 malam. Tak boleh 'carry forward'. Dilarang tidur sebelum jelaskan 'hutang' ini.

Jika tidak, saya kena denda 5 kali ganda. Maknanya jika tak dilunaskan hari ini, esok kena buat 500x istigfar dan selawat.

Memang, zikir ini perlu 'paksarela' sebelum sampai ke tahap 'sukarela'. Macam bayar kredit kad. Masa swipe suka lah, tapi masa bayar culas. Jika tiada elemen 'denda', sampai ke kiamat ia tidak dibayar.

Tapi, ia pasti bertukar ke gear sukarela bila anda melihat rezeki tak putus2 datang nanti. Believe it

Doakan saya juga ya, dan share posting ini agar kita ramai-ramai buat 'sistem barter' berdoa each other di fb :)

Kalau suka share okay 😊.

Credit : Us Asraff Ayob.

Laburkan duit utk marketing

RM80JUTA HABIS BUAT MARKETING??

Maigaddd!! Terbeliak bijik mato den haaaa. Rasa nak diet takmau makan nasik terus akak dengar. Hahahaha over ngat hang!! Hahaha. Ni kos yang Dato Vida kita dah spent. Nah sikit sebanyak duit Dato Vida habis bab marketing untuk 2016

25juta - buat sales produk saja
16juta - sponsor bola
2.8juta - sponsor setiap episod gegarvaganza (12episode kan GV?)
50ribu - bayar sekali run fb ads (fb ads dah banyak)

Lain² tak kira lagi. Punya la banyak Ya Allah dia spent. Tergamam terus. Tak kira kos masuk TV lagi. Dato kata saya tak berkira sebab saya nak pulangan balik lebih banyak

Kita ni bab marketing kedekut gila. Then nak sales juta². Sila sentap berjemaah ya. Hahaha

Business ni bab marketing memang makan duit. Modal or kos produk tu tak mahal mana pon. Yang mahal modal marketing. Gugur terus rambut kalau tak pandai buat marketing

Free cost marketing pon taklepas lagi. How nak pergi pada paid marketing? Mohon insof bersama²

#silatamparmukasendiri
#DyraHadi

Wednesday, January 18, 2017

Kepentingan Database Sharing dari Lyn

Saya nak sharing tentang Skrip Close Sale Gaya Jutawan ☺

Boleh saya tau berapa orang dah pelanggan syg?
Simpan x database diorg?

Tau tak apa yg paling MAHAL dalam bisness?
*D A T A B A S E*

D A T A B A S E is
Nama, no tel, ic

Utk apa?
💕 Follow up
💕 Testimoni
💕 Convert customer kpd agent
💕 Customer beli berkali2
💕 Promosi
💕 Launch produk baru
💕 Buka booth
💕 Buka Kedai

Bila ada pelanggan atau prospek tanya berkenaan produk, syg pm mcmana?

First step
Kenalkan diri.
Beri salam, perkenalkan diri dan kepakaran.
Tanya nama prospek dan dia dari mana.

Step ke 2
Mintak diorang save no kita.
Save siap2 no kita, then bg...suruh diorg save.
Sbb utk kita create broadcast. Kalau diorang tak save nombor hp kita, nanti diorang tak dapat message time kita "broadcast"

Caranya senang je. Anda save nombor sendiri dalam hp. Lepas tu, share pada dia no contact kita.

Contoh skrip:
Assalamualaikum sis😊
Saya doakan sis sihat & ceria😍😍😍

Saya Athirah Che Azimi Monster Stokis Kuantan, kepakaran saya adalah membantu wanita menambah pendapatan dengan zero cost.

Sis simpan no saya ni ye...
Bg no...

Lepas tu tanya...
Boleh saya tau nama sis dan sis tinggal di mana?

Dia dah jawab, baru kita tanya...

Ada yang boleh saya bantu?
Sis (sebut nama dia) berminat produk yang mana ye?😊😊

Step yg ke 3
Berikan kelebihan produk yg dia tanya.
Kalau dia cerita masalah atau tanya pendapat, cadangkan produk apa yg sesuai.
Diorang sangat suka bila kita cadangkan sbb meningkatkan keyakinan customer, menunjukkan kita pakar dalam bidang ni.

Step yg ke 4
Bagi testimoni berkaitan masalah dia.
Jangan bagi harga lagi tau.

Step 5
Baru bagi kelebihan produk..
Bukan ciri2 produk.

Step 6
Beritahu harga asal, harga promosi yg pengenalan, promosi 3 jika ada, promosi combo yg promosi hari wanita...dan jimat berapa RM.

Step 7
Jangan terus beri maklumat pembayaran. Guna teknik cross sale dan upsale pula.

Step ke 8
Tawarkan satu tawaran supaya customer bank in segera.
Contoh: Free postage @ Free gift
Tak digalakkan meletakkan free gift di wall fb. Sebaiknya di pm, bimbang berebut customer.

Step ke 9
Baru berikan cara untuk membuat pembayaran.

Step ke 10
Edit nama customer dengan nama dan tarikh dia beli.
Edit nama prospek dengan nama dan tarikh dia tanya.

Selamat bertindak! 😍
Moga Allah swt permudahkan urusan dear♥