Sunday, March 5, 2017

Customer - Kolam Customer

Database terbahagi kepada banyak 'kolam'. 3 kolam yang paling asas adalah:
1) Kolam Strangers
2) Kolam Prospek
3) Kolam Customer

Kolam Customer dikenali juga dengan nama: Customer Database.

Kerja marketing dan advertising adalah menapis dan memindahkan isi kolam ke kolam yang betul.
1) Tarik Strangers dari luar masuk ke kolam strangers kita
2) Tapis Strangers masuk kolam prospek
3) Tapis prospek masuk kolam customer

'Tarik' dan 'Tapis' itulah kerja iklan kita yang sebenar.
.

Kolam Customer lebih istimewa. Dalam kolam Customer ada 4 kolam yang lebih spesifik iaitu:
.
1) Kolam New Customer
2) Kolam Repeat Customer
3) Kolam Long Time No See Customer (LTNS)
4) Kolam No More Customer (Churn)
.
New Customer adalah kolam mereka yang baru beli buat pertama kali.
.
Kolam Repeat Customer adalah kolam mereka yang telah banyak kali beli.
.
Kolam Long Time No See pula adalah kolam mereka yang pernah beli tetapi dah lama gila tak beli dan tak respons pada iklan/mesej kita.
.
Kolam Churn ini adalah kolam yang tak ramai usahawan sedar bahawa ia beri impak yang sangat besar: kolam bagi customer yang kita dah confirm dia tak nak beli lagi dah.
.
Lain kategori customer maka mesej, tawaran dan targetting pun jadi berbeza!
.
Sebab itu penting kita ada Customer Database. Hanya dengan itu baru kita nampak siapakah customer kita yang sebenar.
.
.
Izwan Wahab
#notabisnes

No comments:

Post a Comment