Monday, August 14, 2023

Tuesday, October 31, 2017

Mind Set Pok Nik

Satu perkara saja yang perlu berubah jika kita nak ubah result yang kita dapat.
.
MINDSET
.
jika kita nak ubah income kita dari 4 angka ke 5 angka, kita kena ubah ni
jika nak ubah diri kita dari loser untuk menjadi winner, kita kena ubah yang ni
Jika kita nak ubah diri kita dari small winner kepada big winner, kita kena ubah ini.
.
===========
ramai orang fikir teknik ads akan buat dia dapat sales gila2 - tapi dia tak tahu teknik tu langsung tak dapat bantu dia kerana mindset dia akan stopkan iklan tu sebelum teknik iklan tu dapat tunjuk taring
.
ramai orang fikir kalau dia jumpa produk power semuanya akan berubah dan dia akan jadi kaya serta merta... tapi dia tak tahu kalau dia ada mindset juara.. dia jual tahi ayam pun dia akan jadi jutawan.
.
ramai orang fikir kalau dia jumpa satu mentor yang bagus yang akan bimbing dia, dia akan jadi pandai dan bijak dan hebat... tapi dia tak tahu yang dia akan tinggalkan mentor tu sebelum mentor tu dapat tolong dia... kerana dia rasa dia tak sesuai dengan mentor tu.
.
THE KEY IS YOU
WHO YOU ARE IS YOUR MINDSET.
.
.
poknik sedang menghadapi satu cabaran yang sangat hebat sekarang ni
.
poknik kena move kepada membina mindset yang betul
.
46 stokis, semua stokis ni poknik kena bina mindset diorang supaya diorang boleh pergi ke 5 angka.
.
Poknik kena jadi seorang yang lebih tinggi kemampuan untuk mencapai tahap baru dalam bisnes ni.
.
Insyaallah ini semua poknik yakin poknik boleh capai. Sesetengah stokis akan dapat ikut, dan sesetengah stokis akan jatuh gagal.
.
poknik harap poknik dapat bantu semua sekali berjaya.
.
so far... 7 orang sudah pun rebah dan jatuh dan gagal.
.
poknik tengok satu satu dan kaji satu satu kenapa mereka tak dapat ikut dan gagal .....
.
.
MINDSET.
.
mereka tak ada MINDSET CHAMPION.
.
belum apa2 dah down... rapuh sungguh jiwa.
.
sembang nak jadi jutawan
angin nak berjaya dunia akhirat
.

.
NEXT STEP - BINA MINDSET CHAMPION DALAM JIWA STOKIS.
.
good luck poknik. :)

Monday, April 10, 2017

Ini 6 Teknik Specifickan Audien Anda

Dah pergi banyak kelas FB Ads, tapi masih blur? Buat dulu 6 asas iklan ini sebelum anda jadi semakin mengarut.

Soalan:

Saya dah pergi banyak kelas, macam-macam teknik iklan FB Ads yang saya belajar, tapi saya patut mula dari mana ya?

Jawapan:

1. Baik cikpuan tak payah pergi banyak kelas kalau last sekali tak tahu apa yang perlu dibuat.

2. Asas iklan ini sama saja kalau pergi beratus ribu seminar di Malaysia dan luar negara. Ia terletak pada ‘sejauh mana kita kenal pelanggan yang kita nak jual.’

3. Jadi, jawab soalan ini dulu:

“Aku nak jual produk / servis ini kat siapa?“

4. Senaraikan dulu banyak-banyak. Kemudian kecil dan spesifikkan. Contohnya:

Umum: Aku nak jual kat wanita.

Spesifik: Aku nak jual kat wanita yang dah bekerja tapi ada masalah jerawat sebab selalu tak cukup tidur.

Lagi spesifik: Aku nak jual kat wanita yang dah bekerja tapi ada masalah jerawat sebab selalu tak cukup tidur, supaya dia tak malu lagi untuk pergi ke pejabat.

5. Itu contoh saja. Tujuan spesifik ini hanya satu: Supaya kita jelas kepada siapa kita nak jual.

6. Iklan tak boleh tembak pada semua orang. Orang yang selsema tak akan teruja nak beli ubat batuk, walaupun produk kita boleh selesaikan masalah batuk dan selsema.

Apabila sudah kuasai asas ini, baru praktiskan ilmu-ilmu teknikal FB Ads yang cikpuan dah habiskan beribu ringgit untuk belajar.

There is no charge for awesomeness.

Bagaimana Wujudkan Reason Membeli?

“ People don’t like to be SOLD, but they love to BUY” - Jeffery Gitomer

Jadi tugas anda ialah wujudkan REASON kenapa mereka perlu membeli dari anda.

BAGAIMANA nak wujudkan REASON ni?

Antaranya ialah:-

1) Produk yang TEPAT dengan masalah mereka

2) Presentation Produk yang ohsem dari segi rupabentuk, packaging dan designnya

3) Tunjukkan manfaat dan PENGALAMAN BARU yang bakal mereka perolehi selepas gunakan produk anda

4) OFFER yang menggoda dan SUKAR dilepaskan

5) Terangkan Services after Sales anda
.
.
Pernah dengar ungkapan bawah ni?

“ It’s not HARD selling. It’s HEART Selling"

Sunday, April 9, 2017

4 jenis pembeli + 4 Jenis Penjual

Ada 4 Jenis Pelanggan.
1. Yang Tak Nak Beli Langsung
2. Yang Tengok Orang Lain Beli Baru Beli
3. Yang Terus Beli
4. Dan Beli Lagi Sekali sebab Dah Suka

Halangan Berniaga Paling Kritikal ialah bila anda banyak jumpa Tangga No 1.
Jika anda tak terus melangkah, mana mungkin jumpa tanggan No 2 dan ke Puncak.

Ada 4 Jenis Jurujual
1. Tunggu Orang Datang Beli Produk Dia
2. Sebut Promosi, Promosi, Promosi Kepada Orang lalu Lalang Supaya Orang Singgah
3. Terus Jumpa Orang Yang Lalu Lalang cerita produk beliau dan jumpa seramai mungkin pembeli
4. Sentiasa Jumpa Orang, tak pernah serik dan Jual Produk itu sampai orang dah kenal dengan dia.

Halangan Berniaga Paling Kritikal ialah bila anda duduk di Tangga No 1.
Jika anda menanti dan terus menanti. Orang Lain berjalan dan terus berjalan.

Di sana Menanti, Di sini Menunggu = Bisnes Lingkup.

Aplikasi 6 Komponen Bisnes

-----------------------------------------------
Hari Isnin - Sales & Marketing

Pagi - Marketing
- Buat Iklan Fb Ads
- Follow Up
- Tulis Blog
- Meeting Agency

Petang - Sales
- Follow Up
- Uruskan Order
- Chek Invois

-------------------------------------------
Hari Selasa - Distribution

Pagi
- Siapkan Order & Hantar Pos

Petang
- Aktiviti Sales

--------------------------------------------
Hari Rabu - RND

Pagi
- Lihat semula iklan
- Setup Split Test utk improve conversion

Petang
- Aktiviti Sales
- Uruskan Order
- Follow Up

-------------------------------------------
Hari Khamis - HR

Pagi - HR
- Cari Agen dan Dropship Baru

Petang - Marketing
- Tulis artikel utk dipos di FB

-------------------------------------------
Hari Jumaat - Distribution

Pagi
- Siapkan Order dan Pos

Petang
- Production
- Restok

-------------------------------------------

Hari Sabtu

Pagi - Akaun
- Kemaskini akaun
- Study Perkembangan minggu tersebut

Petang
-Sesi bersama agent dan dropship
-Bina Networking

-------------------------------------------

Strategi Ambil Pekerja

Kumpul Duit hingga cukup 6 bulan gaji staff
Gajikan staff apabila cukup
Apabila ada staff sales dan order akan meningkat