Wednesday, March 1, 2017

CTA

Apakah Call To Action-CTA?

Merupakan satu seni dalam ayat jualan yang mengarahkan/menggalakkan /merangsang seseorang untuk terus melakukan sesuatu tindakan seperti berfikir, mendengar, bertanya dan lain-lain perbuatan.

CTA sangat penting untuk strategi jualan sama ada secara bersemuka dengan pelanggan mahupun tidak(menerusi ‘copywriting’ ,flyers, banner,online,surat jualan).Ayat jualan yang dipenuhi fakta produk semata tidak akan mampu untuk menarik perhatian prospek untuk terus membacanya kerana mereka tidak menemui ‘tujuan’ yang jelas mengapa perlu ambil perhatian/teruskan membaca surat jualan tersebut.

Ramai yang beranggapan ayat CTA hanya boleh diletakkan pada penghujung ayat jualan. Ini tidak benar kerana ayat CTA sebenarnya boleh diletakkan pada awal, pertengahan dan pengakhiran suatu surat jualan.

Ayat-ayat CTA yang disusun dengan baik akan menjadikan suatu pertanyaan / jualan begitu mengujakan dan meningkatkan peratus kemungkinan prospek untuk mendapatkan jualan dan respon.

No comments:

Post a Comment