Inilah Customer Database Yang Sebenar
===
.
Customer Database ini sebenarnya sangat mudah. Jangan kita terpinga-pinga memikirkannya.
.
Paling ringkas, Customer Database adalah senarai nama, nombor telefon dan/atau emel SEMUA pembeli yang pernah membeli dengan kita.
.
Lebih sedikit lagi, ianya disertai dengan senarai produk, harga dan tarikh pembelian oleh customer di atas.
.
Lebih canggih lagi, setiap pembeli tadi disertai juga dengan semua perbualan yang telah berlaku antara mereka dengan kita.
.
Paling super canggih, setiap pembeli tadi disertai juga dengan semua kempen marketing yang pernah mereka terima dan juga yang pernah mereka respons.
.
Inilah semua data yang perlu ada dalam Customer Database.
.
Sebab itu namanya Customer DATAbase ... ada perkataan DATA di situ.
.
Daripada data inilah kita boleh nampak pattern pembelian dan pattern customer kita. Inilah maklumat paling mahal dalam setiap bisnes.
.
Dengan maklumat ini, kita boleh rancang kempen yang lebih tepat agar lebih win-win kepada kita dan juga pelanggan.
.
.
ps: Sebab itu jugalah, repeat customer adalah jauh lebih bernilai daripada new customer!
Sunday, March 5, 2017
Apa perlu ada dalam Database
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment