Sunday, March 5, 2017

Customer - Cara Simpan Database

2 Cara Mudah Simpan Customer Database
===
.
Selepas kita faham kepentingan customer database maka datanglah isu pertama: macamana nak BUAT customer database ni?
.
Dan perkara yang ada dalam fikiran ramai orang adalah: apakah software yang paling bagus untuk uruskan customer database ini?
.
Sebenarnya, itu adalah soalan yang tidak tepat.
.
Dan kita tahu: jika soalan tidak tepat, jawapan kita pasti jauh tersasar.
.
Soalan tersebut tidak tepat kerana ianya salah fokus. Soalan dengan fokus yang betul adalah: "Macamana aku nak simpan customer database dengan cara paling mudah untuk aku konsisten?"
.
Ya, kita patut fokus pada 'paling mudah untuk buat kita konsisten' dalam menyimpan database pelanggan.
.
Ini kerana, perkara paling hampeh pada customer database kita adalah: data yang tidak konsisten. Kejap ada data, kejap tiada.
.
Perkara kedua hampeh adalah tidak cukup data point. Ada data yang kita tidak kutip.
.
Tiada data = tiada analisis.
.
Tiada analisis = tiada tindakan.
.
Tiada tindakan = tiada sales.
.
Daripada pengalaman lalu, secanggih mana pun software yang kita beli, akhirnya faktor yang paling penting adalah adakah kita konsisten menggunakannya.
.
Itu sahaja.
.
Dan daripada banyak software yang pernah dicuba, ada 2 Cara paling mudah untuk kita simpan customer database, iaitu:

1) Buku+Resit dan 2) Excel
.
Dalam erti kata lain: Buat sahaja secara manual!
.
Malah, untuk fasa awal, inilah cara paling mudah untuk kita:
1) Belajar Simpan data
2) Bina disiplin simpan data
3) Memerhatikan trend customer daripada data
.
Kita secara tidak sengaja akan belajar melihat pattern respons customer kita apabila kita buat semuanya secara manual.
.
Mengapa mahu bina disiplin? Kerana itulah sikap yang paling bagus boleh kita bina. Kebaikannya boleh menembusi sehingga bidang-bidang lain. Tidak terhad kepada simpan data semata-mata.
.
Kita akan terlepas semua itu jika kita mengharapkan sistem automatik semata-mata.
.
Next: Kita akan lihat bagaimana untuk bina customer database secara manual sahaja.
.
.
Izwan Wahab
#notabisnes

No comments:

Post a Comment