📝Strategikan Pemasaran Bisnes Online
🔹Ramai yang gagal di dalam bisnes online kerana gagal untuk merancang strategi pemasaran. Apabila pesaing ada blog, maka diri sendiri pun terkinja-kinja nak buat blog shop atau kedai online sendiri. Apabila pesaing ada facebook dan instagram, maka terus-terusan cipta dan wujudkan akaun di laman sosial tersebut. Rancangnya tidak, hanya terus buat dan terus promosi.
Setiap sesuatu tindakan yang menghasilkan kejayaan perlulah dirancang dengan baik. Anda perlu fikir apakah platform paling sesuai untuk mempromosikan bisnes online anda, dan fikirkan apakah pula platform paling sesuai untuk menjual produk anda. Jual dan promosi adalah dua perkara berbeza.
No comments:
Post a Comment