Sunday, March 5, 2017

Customer - Cari Sebanyak Mungkin Repeat Customer


"Kau sekarang dah dapat customer database. Itu jauh lebih mahal daripada semua benda yang ada pada bisnes kau."
.
Fateh memandang Aman. Kadang-kadang dia rasa macam ayam berak kapur pun ada bila berjumpa si Aman ni.
.
"Dengan customer database itu, kau sekarang boleh follow up depa untuk jual lebih banyak unit." Sambung Aman, kali ini tersenyum.
.
Fateh masih memandang Aman.
.
"Kau harus tahu, semua yang engkau lakukan sebelum ini bukan untuk buat untung. Bisnes yang baru bermula tidak harus fokus buat untung. Yang kau sedang fokus adalah bina Senarai Repeat Customer."
.
Aman memandang Fateh tepat pada mata beliau. Mereka saling pandang-memandang.
.
Otak Fateh semakin laju berpusing.
.
Akhirnya Fateh bersuara:
.
"Maksudnya, untung tak kisah cukup-cukup untuk survive, asalkan senarai customer meningkat, begitu?"
.
"Ya betul! Dan kenapa kita mahu repeat customer meningkat?" Sambung Aman. Beliau dapat rasa perbincangan mereka hampir tiba ke hujungnya.
.
"Supaya, mereka repeat beli. Bila mereka repeat beli maka kita tidak payah susah-susah buat ads bagai dah!" Terbuntang bulat mata Fateh. Baru beliau nampak apa yang Aman nak bagitahu.
.
Aman tersenyum. Beliau angkat cawan teh tarik dan menggayakan 'cheers' kepada Fateh.
.
Fateh tersandar puas.
.
Dia tak sedar yang dia masih belum order apa-apa lagi daripada tadi.

No comments:

Post a Comment