Monday, December 5, 2016

Cara bina website

CARA CARA MEMBINA WEBSITE SENDIRI
sertai kelas secara jarak jauh 'live'
.
nama website@laman sesawang adalah satu platform yang tersedia untuk diterokai , untuk membina satu website 2 perkara asas yang diperlukan adalah
1️⃣Domain
2️⃣Hosting
.
Apa itu domain ?
domain adalah alamat nama yang WAJIB kita daftar bagi identiti kan laman sesawang kita alah yang www tu :)
.
bagi pendaftar weebly , blogspot atau seangkatan nya , ia masih dalam kategori website tetapi menumpang dirumah mereka, kerana itu lah alamat web kita perlu ada platform mereka dahulu baru diikuti nama kita
contoh : weebly.com/dirazaffrina , perasan tak ? facebook pun sama :) facebook ni adalah contoh terbaik satu sistem laman sesawang yang dibina sangat hebat , dari website lah anda boleh jadikan ia mobile aps , sebab tu facebook ada aps mesra phone .
.
nak daftar domain dimana ?
secara umum dan ringkas provider saya bahagikan kepada 2
1️⃣local provider iaitu MYNIC yang memegang alamat nama dihujung .my - boleh beli di mynic.my
2️⃣international provider yang memegang .com dan ada reseller nya contoh godaddy
.
Domain ini perlu dilanggan mengikut tahun , ada yang buat pakej ada yang buat tawaran tahun pertama murah macam godaddy rm 5 sahaja 😂 bila nak renew boleh cecah ratus .
.
Antara harga domain dan kategori nama domain yang usahawan selalu beli adalah
1️⃣dot com - RM 50 ( standard )
2️⃣dot my - RM 120 ( tak masuk gst )
3️⃣dot com dot my - Rm 80 ( tak masuk gst )
.
INGAT ! Jika boleh beli ketiga2 jenis domain ni , kerana andai brand anda dikenali orang boleh manipulasi nama brand anda .
.
sebagai contoh : katakan lah satu hari saya jadi popular ( cewaaah ) saya hanya beli domain dirazaffrina.my , orang cerdik dia boleh beli nama domain dirazaffrina.com atau dirazaffrina.com.my dan cuba manipulasi dengan menumpang populariti nama saya untuk tarik trafik atau menjual semula domain tersebut dengan harga yang mahal sangat .
.
cuba bayangkan jika berlaku pada perniagaan anda , cuba bayangkan berlaku pada nama besar seperti zalora , lazada ? jadi seeloknya beli lah domain untun ketiga tiga jenis tu .
.
apa pula hosting ?
hosting adalah tempat penyimpanan data kita nanti . macam handphone and computer yang Gb , mb tu hehe ia juga WAJIB dilanggan .
.
nak daftar hosting pula dimana ?
mereka yang menawarkan servis langganan sewaan tapak , selalu mereka yang ada server boleh jalan kan bisnes ni . boleh check kat google banyak pakej yang ditawarkan .
.
apa ciri ciri hosting yang bagus?
1️⃣DISK SPACE - Space yang dilanggan berapa besar .. 3Gb ke 5gb ke 10 gb ke dan disk 1gb pun sebenarnya cukup untuk buat satu website asas ... seperti website korporat , yang tak banyak upload gambar .
.
2️⃣BANDWIDTH - bandwidth ni kapasiti yang dibenarkan untuk trafik masuk ke laman sesawang kita , bandwidth ni lah selalu mereka limitkan bagi membezakan pakej per pakej .
.
3️⃣MYSQL database - ini pun penting sebab jika beli hosting dengan Mysql limited kepada 1 sahaja , bermakna website anda hanya boleh pilih satu content je untuk di install .Apa pula content ? huhu ok itu sekejap lagi saya terangkan .
.
4️⃣add on domain , sub domain ni merujuk kepada satu hosting boleh park atau create berapa banyak domain akaun yang menumpang di domain kita  .
.
5️⃣emel akaun - rasa bangga tak bila bagi Name kad , awak ada emel korporat sendiri @nama syarikat atau brand korang ,contoh dira@adzgroup.com.my .
jangan risau webmail ni boleh di export ke gmail anda , walaupun orang email ke emel korporat , anda boleh dapat di gmail anda , boleh setting .
.
Harga hosting ?
bermula Rm 100 - rm 700 pun ada .
jangan tamak dan terpengaruh , beli space yang kecil dulu nanti boleh upgrade .
.
setelah selesai beli domain dan hosting ada sedikit teknikal yang perlu anda buat atau anda boleh minta provider buatkan dimana menghubungkan domain yang dibeli ke hosting , kemudian baru lah anda akan menerima CPANEL  ( ini bergantung juga mereka nak guna platform apa ) yang pasti CPANEL ni umpama sistem yang perlu anda log in , bagi tujuan membina website.
.
dan anda akan terima CPANEL username dan password bagi tujuan untuk install contant kedalam nya .
.
Apa pula contant tu ?
itu lah dia apps atau tapak atau templet yang perlu anda install untuk menjadikan website anda sama ada dalam bentuk
1️⃣website infomasi ( korporat )
contoh : www.adzacademy.com.my

2️⃣website e-commerce ( shopping cart)
contoh : www.prelovedhandbags.my/shop
(boleh sambungkan dengan payment gateway)

3️⃣atau kedua2 nya
contoh : www.theclassilk.my
(boleh sambungkan dengan payment gateway)
.
nak install content ni ada dalam cpanel anda iaitu dibahagian
.
SOFTACULOUS APP INTALLER
.
ada banyak pilihan kat situ
1️⃣WORDPRESS
2️⃣OPENCART
3️⃣WOOCOMMERCE
4️⃣JOOMLA
.
pernah dengar shopify ? itu antara app tapi berbayar , yang atas ni untuk templet basic ia PERCUMA .
.
selesai install , website anda telah siap untuk dikemaskini dalam view yang asas
.
buat sendiri je , semudah replace & replace 😅
.
masih perlukan bimbingan? semudah bayar dan datang kelas untuk uruskan website ,yang lain kami uruskan .
.
ambil lah pakej domain + hosting dari #adzacademy dengan nilai
.
‼️RM 250 sahaja ‼️
.
anda akan perolehi
.
✅2 domain iaitu dot my dan dot com dot my
✅1 hosting disk space 5gb unlimited .
✅kelas online 'live' membangunkan website
✅nota mengemaskini web anda
.
terhad 100 yang pertama , harga asal RM 599
CEPAT REBUT PELUANG INI
.
daftar sini : www.bit.ly/vol-4
daftar sini : www.bit.ly/vol-4
daftar sini : www.bit.ly/vol-4
.
atau bagi no tel , Amelia Atil ( 0123758985 ) akan bantu anda .
.
SHARE & KONGSI INFO NI