Saturday, October 22, 2016

Cara Setup Fb Ads

CARA STARTUP PAGE DAN PAGE LIKE STYLE JERUNG

Nak hit the first 1000 likes utk yg baru nk start. Yela baru semangat nak update. Create social prove katenye, padahal page like hilang..
Macam biasa, style malas2 tp minimum kos.

1. Modal RM100. Asingkan siap2 duit Rm100 ni allocate utk page like. Rm100 sebulan. Maksudnya sebulan baru dapat 1k likes.
boleh la drpd 5,6 bulan like 88. hahah sori2

2. Cari gambar.. cari gambar ni best. Jgn cari kt Google. Cari kt youtube. Usha youtube punye video thumbnail pastu tengok thumbnail mane yg paling menarik dan membuatkn kite terclick. Dah dapat kn?
Tiruvasi gambar tu. Buat sebijik, copy sebijik pon xpe. Tu omputih punye xde hal. Melayu punye jgn.. nanti sentap sane sini
cth: sy jual alatan senaman. sy search channel youtube AthleanX dan tengok gambar thumbnail mane yg sy rase berkenan nk klik.
Pastu,tajuk video tu sy copy dan taip di google. Search image. Ambik gambar dari situ. Seee.. 100% gambar confirm menarik. Kalau tak jumpe pegi photoshop buat sendiri tiru drpd thumbnail tadi tu.

3. Text.. still sama. Guna teknik malas2 tu. Search youtube. Tgk channel yg best2, cari idea ayat text drpd tajuk video. Kt sini kena bijak. Search most popular atau popular upload, jgn syok sendiri pilih ikut suka.
Sebab dah nama pon 'Most Popular'. Dah sah2 video tu byk view dan org berminat. Search channel pon jgn ikut suka. Search channel yg famous above 500k subsribers.
Kumpul 2,3 text yg best simpan buat run split test.

4. Audience. ok ni bapak punya simple. Pengalaman sy dgn audience ni. carik audience yg 'mampu' atau 'geng berduit'..
jual brg mahal, audience jgn UMUR 23tahun kebawah (ni sy punya). bawah 23tahun sah2 geng pokai. sembang byk pon last2 'hujung bulan', 'tengok dulu', 'fikir dulu'.
Pastu, ni tips power ni.. geng berduit kann. cuba try attack geng Forex!. Nanti bile layan pm customer rajin2 tgk info customer. Works: Forex Trader. ok ngam. Upsell kaw2.

Cuba laa.. kalau tak jadi tukar lain. lagi2 skrg ni lepas run ads kite boleh monitor tahap interest tu berapa bintang. 3,4,5 bintang simpan. 1,2 bintang remove. (ade lg ke skrg?)
Utk likes, total audience range 700k-2mil (bergantung pd niche bisnes masing2). jgn kecik sgt audience. Atau simply skrol newsfeed fb, kalau nampak iklan 'sponsored' yg berkaitan dgn brg yg kite jual, try click arrow bawah dan click 'why im seing this'
tiru! setel problem..

5. Budget: Letak RM5 daily budget dan run ads biarkan sampai dapat REACH 1000 orang. Lepastu baru analyze tgk kos per page like. yg lain2 cpm cpc ke ape ke biar dulu. cite tak habis nanti.
ads above 0.20sen off dan buang. Buat baru.

Selain Youtube? Google search result, blog, landing page.
Cth: Rumah. Search rumah n tiru ayat2 dalam google search result tu. Pilih yg rase menarik. Jgn selak second page sebab yg duduk second page tu tak menarik, kalau menarik dah sah2 duduk first page hahaha

So macam mane nak dapat 1000 likes dgn Rm100. Mudah je. Pastikan kos ads kurang drpd Rm0.10
Nak kos ads kurg 10sen, follow step kt ats. Buat sampai ads tu menarik.

Dgn daily budget RM5, tak sampai sebulan dah dpt 1k likes.
Dah dapat first 1k likes, nak dapat 10k likes dan seterusnya lg mudah.
Guna teknik jerung yg sy cerita smlm tu.

Kalau habis setting tp paling rendah dpt 15sen je jgn risau. Biarkan je jgn off sampai bile2. nanti lame2 akan turun sendiri.
Lama2 bergaul dgn customer ni kite akn faham sendiri umpan yg paling best.
Ternak dari skrg, byk manfaatnya. Page like hilang pon bukan masalah. Masalah bile payah nk menjual.
Bile fans ramai ni proses menjual jd mudah.

Sy akan ON 3 jenis ads ni:
cth budget Rm100 sehari
1. Page like RM15
2. Post engagement A RM60
3. Retargetting post A RM25

Jual byk brg:
4. Post engagement barang B
5. Retargetting post barang B
.
.
.

Kan best kalau boleh sewa fans dari page org lain. Yela drpd bg duit kt makjuki baik bg kt member.  
Semoga sharing kali ni lebih bermanfaat utk yg memerlukan. Boleh silakan share dan bantu kawan2 yg lain. Nak copy dan paste kt group whatsapp pon xpe. haha
ade tips best2 roger roger.
.

baca balik point 2,3,4 pahamkan elok2.  

Dari Bilis utk Bilis
Jom sarapan!

Monday, October 17, 2016

Fasa Marketing

Assalamualaikum wbt.

Malam ini saya nak ceritakan sikit dekat mana kita berada sekarang dalam fasa marketing.
.
** tolong salin masuk buku nota dan faham betul2 sebab setiap kali kita nak buat kerja nak marketkan produk, kita kena melalui proses ni satu persatu
.
Sekarang ini kita berada di fasa 1 - SEEDING MARKETING
.
Kat sini kerja kita ialah menabur benih, dan menyemai dan menyiram. Masa ni kita tak patut expect untuk dapat rasa buah yang manis lagi. Ini bukan masanya. Masa mengutip hasil ialah ketika fasa lain.
.
(kadang2 kita dapat juga sale masa fasa ni)
.
Seeding marketing ada 6 bahagian
1. Testimonial
2. Behind the scene
3. Tips relevan
4. Story
5. Authority
6. Credibility
.
Content yang berkaitan dengan yang atas tu perlu diletakkan di merata tempat sebab kita nak tarik traffic dan bina followers
.
Platform kena ada
1. Website / blog - paling penting dan mesti ada (nanti saya cerita bagaimana guna dan saya guide bila tiba masanya nanti)
2. fb profile
3. fb page
4. ig
5 dan lain lain.
.
Cara:
.
1. update seeding post di blog.
2. Share di page (bukan post)
3. share di profile (bukan status update)
4. share di ig
5. share di platform2 lain.
.
Nak buat yang ni pun kadang makan masa juga. Tapi boleh makan lama. Nanti saya tunjuk contoh bagaimana ada sorang kakak tu dapat makan dah berbelas tahun dari blog dia.
.
kandungan content
1. Testimonial
- kesan selepas
- sebelum / selepas
- video
-printscreen
.
2. Behind the scenes
- staf / anda bekerja
- gambar stok
- Mesin
- orang lain yg terlibat sama (3rd party - contoh abang poslaju , customer cod dll)
.
3. Tips relevan
-gambar banyak
- Numbers
- fakta2
-problem and solution
.
4. Story
- Your story (PALING PENTING) case study, product review, journal guna produk, day 1 sampai day 30 dan seterusnya
- Customer's story
.
5. Authority
- positionkan diri sebagai pakar dalam bidang tu
- Award yang dapat
- sijil2
- artis / selebriti/ pemimpin guna produk tu
.
6. Kredibiliti
- Paper
-majalah
- TV
- Event (kiosk, booth, exhibition, convention
- badan kerajaan (jakim, kementerian dll)
- Lab test
- Your character (gelaran diri... bagaimana membina persona dalam alam media sosial. Saya guna persona poknik. Tuan tuan guna persona bagaimana?)
.
Tengok profile, tengok page, tengok ig- post yang ada tu dia seeding untuk bisnes ataupun menunjukkan kita tak tahu nak tulis apa?
.
p/s: jangan tulis mengarut2.. nanti nampak macam badut
.
Disini kita nak capai 2 objektif
1. membina trust
2. membina raving fans
.
.
1. Membina trust
- Reply semua komen dan pm; ucap terima kasih; inbox kalau perlu untuk establish rapport
- Question and answer - buat FAQ
- Galakkan pandangan dari audience - raikan perbezaan pendapat; galakkan perbincangan sihat- tunjukkan kita pakar dalam bidang tu. Buat research untuk merespon. Jangan ikut sedap mulut. (jangan malas)
.
2. Create Raving Fans
- bina character diri
- consisten update (mesti ada value- jangan merepek)
-story post ( buat penceritaan- kisah hidup, pengalaman dll)
-premium content post - post sesuatu yang sangat tinggi nilai yang biasanya orang hanya akan dapat kalau bayar.
.
contoh: post macam yang saya buat sekarang ni.
.
Sapa nak sales mencanak2 yang x boleh stop, sila konsisten buat ni dulu dalam seminggu dua ni.
.
boleh tengok contoh profile - search dan buat see first. Tengok
.
1. faiz sufi
2. abe nazz daimyo
3. peniaga jalanan
.
**jangan rasa kerdil. Diorang pun bukan lahir terus pandai. Buat la secara konsisten, nanti tuan tuan pun akan pandai juga.
.
Bagilah peluang pada diri tu. Jangan asyik nampak kelemahan diri saja. Tak payah buat tu... member2 dan orang lain kat luar tu dah hari2 asyik tengok kelemahan kita aje. Kita tak perlu sorang lagi untuk tunjukkan kelemahan kita.
.
Baiklah, ini semua profile yang saya ikut untuk tengok cara dia bina pengikut. Bila kita dah ada pengikut yang ramai, bila2 masa boleh berbisnes.
.
jangan bazir masa buat aktiviti yang tak tahu halatuju- buat apa pun, biar ada sebab dan ada tujuan.
.
GOOD LUCK!!

Cc Nik Ahmad Kamal

Sunday, October 9, 2016

Tulis Kesyukuran Anda

Sebelum Tidur Amalkan Menulis Kesyukuran Setiap Hari Didalam Diari Emas

Jadikan Diari Emas Khusus Utk Tulis Kesyukuran Hari Ini Dan Kesyukuran Advance

Cth Kesyukuran Hari Ini.

1) Syukur Ya Alhamdulillah Ya Allah Saya Dapat Makan Minum & Ke Pd Hari Ini.

2) Syukur Ya Allah Anak2 Seronok Main Pantai Ya Allah.

3)Syukur Alhamdulillah Ya Allah Ustazah & PU Merico Belanja Makan Asam Pedas Tadi

4)Syukur Alhamdulillah Cikgu Roy Belanja Makan Tengahari

5)Syukur Ya Allah Suami, Anak2, Ibu, Adik Beradik Hidup Hari Ini.

6)Syukur Ya Allah Aku Juga Masih Hidup & Belum Engkau Tarik Nikmat Sihat Pada Diriku.

7.Syukur Ya Allah Kami Ada Rumah, Kenderaan Tempat Berlindung Bertedung. Kenderaan Membawa Kami Kesana Kemari

Tulis Setiap Malam Sebelum Tidur

Kesyukuran Advance

Syukur Dgn Perkara Yg Kita Hajati Tapi Kita Bayangkan Spt Da Dapat

1)Syukur Ya Allah Garam Mandian Aura Cintamu Habis 10 Botol Diborong Ya Allah (Alhamdulillah)

Sambil Bayangkan Semuanya Habis Dijual.

2)Syukur Ya Allah  Ada Seorang yang Menjadi Stokis Magic Blue.

3) Syukur Ya Allah RM 1500 Masuk Dalam Akaun Cimb Ku Esok

Terima Kasih Ya Allah
Terima Kasih Ya Allah
Terima Kasih Ya Allah

Amal & Buat Jangan Miss 44 Hari

Yang Kesyukuran Advance Kena Bayangkan Da Dpt Feel It

Tuesday, October 4, 2016

14 Tips membina pengikut di facebook bagi newbie.


14 Tips membina pengikut di facebook bagi newbie.

Jadikan facebook sebagai media utama dalam usaha kita mengembangkan jenama diri. Bila kita menulis atau post sesuatu di facebook, tuliskan sepenuh hati.

1. Tuliskan perkara-perkara berkaitan aktiviti kita setiap hari. Selang selikan penulisan sahaja dan sekali sekala sertakan gambar.

2. Gunakan ejaan penuh. Ia sangat membantu apabila netizen membuat carian di internet. Penulisan yang menggunakan ejaan penuh lebih mesra SEO ( Search engine Optimization )

3. Tulis di waktu-waktu puncak. Mulakan aktif menulis pada empat waktu puncak. Pagi, tengahari, petang dan malam. Biasakan teknik ini.

4. Kerap membaca, like, komen dan share posting-posting rakan fb kita yang lain. Walaupun sekadar komen 'smiley', ia merupakan engagement baik untuk facebook.

5. Usah terlalu kerap menulis perihal negatif. Walaupun ia cuma berbentuk luahan perasaan kita sahaja. Perlahan-lahan manusia lari daripada kita.

6. Kongsi apa sahaja perkara baik atau skill yang kita tahu di facebook. Tuliskan dengan kerap, konsisten itu yang membuatkan kita dikenali perlahan-lahan.

7. Jadikan rakan-rakan positif di facebook sebagai paksi penulisan kita. Jadikan mereka sebagai sumber inspirasi. Tiru gaya penulisan, bukan kandungan penulisan.

8. Letakkan tanda penganalan di setiap hukung posting kita. Sebagai contoh, "Saudagar Jalanan". Jangan ditukar tukar ya, tetapkan satu sahaja.

9. Usah terlalu serius bila membuat post di facebook. Sekali sekala mesti perlu dilihat santai dan humor.

10. Setiap gaya penulisan, kandungan penulisan, cara menulis dan apa sahaja yang kita tinggalkan jejak di facebook adalah lambang diri kita. Susun dan jaga dengan baik.

11. Gunakan nama dan gambar profile sebenar di facebook. Usaha membangunkan fake profile tidak akan membantu kita. Malah, ia akan lebih menyusahkan kita dikemudian hari.

12. Usahlah hidup penuh kepura-puraan di media sosial. Hari ini, media sosial adalah jambatan penghubung yang paling realistik. Ia sebuah dunia baru untuk semua orang. Jadilah diri sendiri.

13. Belajar untuk menghormati apa sahaja bentuk pandangan orang lain terhadap penulisan kita. Bila ada yang suka, pasti akan wujud yang tidak suka. Tenang saja.

14. Apabila sudah ramai followers, raikan mereka dengan like dan membalas setiap komen mereka jika ada masa. Komunikasi dua hala lebih memberi kesan pada emosi dan memori manusia.

Cukuplah 14 panduan ini dahulu. Cubalah praktiskan bermula sekarang. Banyakkan membaca dan menulis bagi menambah baik gaya penulisan kita. Ia bukan skill yang boleh dijual beli, ia mesti dipraktiskan.

Pembangunan content pada hari ini jangan lagi dipandang remeh. Enam tahun yang lalu, tiada siapa sudi respon pada posting berbentuk 'sharing content'. Namun, pada hari ini, penulisan panjang berjela pun masih ramai yang sanggup baca.

Tuliskan sesuatu daripada hati. Ia tidak boleh dibuat-buat, mesti lahir tulus tanpa persepsi gagal. Buat sahaja tanpa jemu. Lama-lama kita akan berjumpa dengan permata yang hilang itu,Eh !

Salam Sayang.

Ikram Al-Banjari
Saudagar Jalanan.

Bende Wajib Dlm Online Busines

Kewajiban Dalam Busines Online

1. Kena konsisten update fb 6x sehari

⭐ post iklan di group2 bisnes

⭐ komen status kawan2 fb korg utk increase traffic. Jgn like je sbb tu xdpt increase traffic.

2. 4x softsell - motivasi, sharing, lawak jenaka, rutin hidup

3. 2x hardsell - testimony produk, manfaat produk

4. Kena percaya yg kita ada silent reader. Bila nampak kedai kita cantik je terbuka, cust keluar masuk pun ramai, dia pun NAK join jugak 😊

5. Bila dah usaha, tawakkal pada Allah swt. Minta specific apa yg kita nak. Masukkan nama cust sekali dalam doa kita biar mudah kita close deal

Basic things yang kita perlu ingat dan buat utk bisnes kita setiap hari:

⭐ DOA minta dipermudahkan, dimurahkan rezeki dan diberkati Allah


Teknik Support Group Sendiri


1. Jangan lupa setiap post letak hashtag #MagicBlue

2. Setiap pukul 1 pm dan 8 pm sila LIKE & KOMEN setiap post yg ada hashtag #MagicBlue

💥Penting utk tingkatkan engagement

💥The more you GIVE the MORE you GET BACK

The TIME WILL COME

tapi everytime saya rasa susah, I will always tell myself, that one day I will definitely recall this day and smile :

Kenali Produk Anda

Kenali Produk Anda

1. kena tahu nak jual kepada siapa
2. kena tahu USP (unique selling property)

1. Ramai orang jual deodorant, tapi apa uniknya MB sampai kita boleh convince orang untuk beli MB dan bukan produk lain?

Sebab kita sendiri pakai dan tertarik dengan MB, semua orang sedar atau tak memang dah tau apa USP MB ni..

2. Kita kena create reason untuk orang beli dari kita dan bukan dari orang lain.

what made me different?

Antaranya bila orang dapat parcel dari anda , mereka excited sebab ada :

1. Freegift
2. Ada voucher
3. Ada kad jadual makan vitamin
4. Ada pamphlet

Waktu Hot Up Status


Anda tahu bila waktu hot untuk up status?

update status ikut waktu ni, sebab waktu mcm ni la orang dok membelek hp memasing 😋😋😝:

💕pagi antara pukul 7-9
💕tgh hari antara pukul 12-2
💕petang antara pukul 4-6
💕malam antara pukul 8-10

Monday, October 3, 2016

#TIGA (3) KESILAPAN ORANG MUDA DALAM BISNES

#TIGA (3) KESILAPAN ORANG MUDA DALAM BISNES - DIBAHAGIKAN KEPADA TIGA FASA
---------------------------

FASA 1 - BELUM MULA
.......

Tidak bermula. Asyik tunggu masa sesuai untuk bermula.

Buku bisnes sudah banyak baca, guru bisnes sudah ramai follow. Langkah pertama masih belum dimulakan.

Mulakan sahaja. Mula seawal mungkin.

Kita akan banyak belajar apabila sudah bermula.

Selagi tidak memulakan, selagi itu jalan berkelabu.

Mula sedikit, jalan akan terang sedikit. Begitulah seterusnya.

Mula dengan modal kecil. Belajar gandakan duit kecil dahulu. Usah mula dengan besar-besar, duit pinjaman, modal puluhan atau ratusan ribu. Bila bubar, sakitnya tuh di sini.

.
FASA 2 - SUDAH MULA
.......

Apabila sudah bermula, mahu cepat kaya.

Majoriti bisnes ambil masa untuk buat duit banyak.

Buat duit sikit dahulu, lama-lama duit banyak akan datang.

Sabar.

Terus berusaha setiap hari dan percaya satu hari nanti bisnes kita akan sampai titik lonjakan.

Buang 'hati tisu' itu.

Lihat kejayaan kecil usahawan lain. Bergaul dengan mereka. Luaskan bulatan kenalan kita. Sedikit sebanyak ia dapat beri dorongan kepada kita untuk terus konsisten buat sampai jadi.
.

FASA 3 - BISNES SUDAH BUAT DUIT
.......

Apabila bisnes sudah berjaya buat duit, terlalu lama berada dalam zon selesa.

Buat duit memang seronok. Dapat duit poket setiap bulan. Ini fasa berjinak-jinak dengan duit banyak.

Jangan lama-lama berada dalam fasa buat duit. Bisnes yang buat duit belum tentu dapat bertahan lama.

Bisnes terbahagi kepada banyak komponen. Bukan komponen buat duit (jualan) sahaja yang harus dikukuhkan.

Ada lagi komponen lain seperti :

+ Pemasaran
+ Khidmat pelanggan selepas jualan.
+ Admin
+ Kewangan
+ Pengurusan sumber manusia.

Belajar mensistemkan bisnes kita.

Mula belajar ilmu membina syarikat dan bisnes yang dapat bertahan, berdiri teguh dan berkembang untuk jangka masa yang panjang.

+ Labur semula keuntungan bisnes untuk luaskan pasaran produk.
+ Belajar berniaga dengan cara berpartner.
+ Belajar ilmu pembangunan organisasi.
+ Bina ahli pasukan - PENTING!
+ Lantik orang betul urus kewangan syarikat.
+ Tambah baik sistem dan SOP.
+ Bayar cukai, bayar zakat. Kemudian labur sebahagian keuntungan untuk beli aset.

Otak buat duit hanya fikir 30 hari ke 6 bulan akan datang.

Otak bina bisnes berfikir 10 tahun ke hadapan.

Mulakan langkah daripada SOLO-preneur (Self-Employed) kepada BUSINESS OWNER. Susun batu-bata bisnes kita itu sehingga satu hari nanti ia berdiri teguh dengan asas yang kuat, tidak rapuh.

Fb: Hasbul 'Ariff

Sunday, October 2, 2016

Tips Jawab PM


Skrip
  Intro
  Info produk
  Testimoni
  Payment

Tips JAWAB PM


Tips JAWAB PM

Intro

1)  TAARUF -
Salam. Nama saya Salsabila dari stokis Magic Blue. Boleh panggil saya Sal. Boleh saya tahu nama cik & dari mana?
Nota : Mesti tanya,  Ape dia nk jawab tak kisah.

2)  KENAL MASALAH PELANGGAN
"Sis, saya takut sis terbeli produk yang salah.  Produk ni tak sesuai untuk semua orang. Boleh saya tahu sebelum ni sis pernah guna deo apa? Dan selalunya apa masalah sis sepanjang guna deo tu?
Nota :
-Mesti tanya,  Ape dia nk jawab tak kisah.
-Sediaka testimoni mirip dengan masalah dia

3)  WUJUDKAN  PERSAMAAN
“ Saya pun ade masalah yang sama seperti sis, tp lepas sehari saya guna magic blue, memang bau badan saya betul2 hilang hingga 4 hari..” lebih dari apa yang dijanjikan..
Nota :  pelanggan akan lebih selesa bila kita punyai persamaan

4)  Beri Tawaran Istimewa
Satu RM29, tapi kalau tuan beli 4 hanya RM100. Jimat RM32. Cik nak cuba 1 atau 4?
Sis Tak perlu tambah RM10..  Hanya RM100 sahaja. Kos postage adalah ditanggung oleh saya.

5)  Limited time offer / Urgency
Kalau cik buat bayaran sebelum 3 petang ni, saya pos hari ni jugak & esok cik dah dapat produk ni.

Tips Follow Up Prospek Krik2

Camni..

Minggu 1 - hantar tips + #tag

Cth:
#Magicblue
#Bebasbaubadan3hari
#Ketiakcerahsecaraalami

Minggu 2 - hantar tips +#tag
Minggu 3 - hantar tips+ #tag
Minggu 4 minggu gaji.  - hantar Offer lagi.  + 👇🏻

Salam Sis, semoga sis sihat dan bertambah-tambah rezeki dari Allah.

InsyaAllah esok, sy ade buat pengeposan Magic Blue ke seluruh negara. Kalau Sis nak selit order, sy boleh uruskan.. Sis berminat nak selit order?

Cara Dapat Customer dari FB personal

Cara dpt customer di FB.

Kalau ikut sifu saiful mcm ni..

Caranya..

1. Pm target prospek

2. Add sbg friends

3. Ucap terima kasih bila dia add

4. Hantar hadith tentang kelebihan bersahabat.

5. Teruskan msg sbg sahabt.

6. Jangan bagitahu kita jual produk apa sehinggalah dia tanya kita.

7. Sebab bila kita sentiasa mesej, like dan komen pada post dia. Apa2 yg kita tulis dlm fb akan naik kt wall dia. Jd secara tidak lansung dia kan tahu kita jual produk apa.

8. Bila dia tanya kita jual apa barulah kita cerita tentang produk.