Assalamualaikum wbt.
Malam ini saya nak ceritakan sikit dekat mana kita berada sekarang dalam fasa marketing.
.
** tolong salin masuk buku nota dan faham betul2 sebab setiap kali kita nak buat kerja nak marketkan produk, kita kena melalui proses ni satu persatu
.
Sekarang ini kita berada di fasa 1 - SEEDING MARKETING
.
Kat sini kerja kita ialah menabur benih, dan menyemai dan menyiram. Masa ni kita tak patut expect untuk dapat rasa buah yang manis lagi. Ini bukan masanya. Masa mengutip hasil ialah ketika fasa lain.
.
(kadang2 kita dapat juga sale masa fasa ni)
.
Seeding marketing ada 6 bahagian
1. Testimonial
2. Behind the scene
3. Tips relevan
4. Story
5. Authority
6. Credibility
.
Content yang berkaitan dengan yang atas tu perlu diletakkan di merata tempat sebab kita nak tarik traffic dan bina followers
.
Platform kena ada
1. Website / blog - paling penting dan mesti ada (nanti saya cerita bagaimana guna dan saya guide bila tiba masanya nanti)
2. fb profile
3. fb page
4. ig
5 dan lain lain.
.
Cara:
.
1. update seeding post di blog.
2. Share di page (bukan post)
3. share di profile (bukan status update)
4. share di ig
5. share di platform2 lain.
.
Nak buat yang ni pun kadang makan masa juga. Tapi boleh makan lama. Nanti saya tunjuk contoh bagaimana ada sorang kakak tu dapat makan dah berbelas tahun dari blog dia.
.
kandungan content
1. Testimonial
- kesan selepas
- sebelum / selepas
- video
-printscreen
.
2. Behind the scenes
- staf / anda bekerja
- gambar stok
- Mesin
- orang lain yg terlibat sama (3rd party - contoh abang poslaju , customer cod dll)
.
3. Tips relevan
-gambar banyak
- Numbers
- fakta2
-problem and solution
.
4. Story
- Your story (PALING PENTING) case study, product review, journal guna produk, day 1 sampai day 30 dan seterusnya
- Customer's story
.
5. Authority
- positionkan diri sebagai pakar dalam bidang tu
- Award yang dapat
- sijil2
- artis / selebriti/ pemimpin guna produk tu
.
6. Kredibiliti
- Paper
-majalah
- TV
- Event (kiosk, booth, exhibition, convention
- badan kerajaan (jakim, kementerian dll)
- Lab test
- Your character (gelaran diri... bagaimana membina persona dalam alam media sosial. Saya guna persona poknik. Tuan tuan guna persona bagaimana?)
.
Tengok profile, tengok page, tengok ig- post yang ada tu dia seeding untuk bisnes ataupun menunjukkan kita tak tahu nak tulis apa?
.
p/s: jangan tulis mengarut2.. nanti nampak macam badut
.
Disini kita nak capai 2 objektif
1. membina trust
2. membina raving fans
.
.
1. Membina trust
- Reply semua komen dan pm; ucap terima kasih; inbox kalau perlu untuk establish rapport
- Question and answer - buat FAQ
- Galakkan pandangan dari audience - raikan perbezaan pendapat; galakkan perbincangan sihat- tunjukkan kita pakar dalam bidang tu. Buat research untuk merespon. Jangan ikut sedap mulut. (jangan malas)
.
2. Create Raving Fans
- bina character diri
- consisten update (mesti ada value- jangan merepek)
-story post ( buat penceritaan- kisah hidup, pengalaman dll)
-premium content post - post sesuatu yang sangat tinggi nilai yang biasanya orang hanya akan dapat kalau bayar.
.
contoh: post macam yang saya buat sekarang ni.
.
Sapa nak sales mencanak2 yang x boleh stop, sila konsisten buat ni dulu dalam seminggu dua ni.
.
boleh tengok contoh profile - search dan buat see first. Tengok
.
1. faiz sufi
2. abe nazz daimyo
3. peniaga jalanan
.
**jangan rasa kerdil. Diorang pun bukan lahir terus pandai. Buat la secara konsisten, nanti tuan tuan pun akan pandai juga.
.
Bagilah peluang pada diri tu. Jangan asyik nampak kelemahan diri saja. Tak payah buat tu... member2 dan orang lain kat luar tu dah hari2 asyik tengok kelemahan kita aje. Kita tak perlu sorang lagi untuk tunjukkan kelemahan kita.
.
Baiklah, ini semua profile yang saya ikut untuk tengok cara dia bina pengikut. Bila kita dah ada pengikut yang ramai, bila2 masa boleh berbisnes.
.
jangan bazir masa buat aktiviti yang tak tahu halatuju- buat apa pun, biar ada sebab dan ada tujuan.
.
GOOD LUCK!!
Cc Nik Ahmad Kamal
No comments:
Post a Comment