Kepada mereka yang makan gaji dan tidak pernah berniaga, tetapi mahu mula bina projek 'duit tepi':
Perkara pertama yang perlu dipelajari adalah MENJUAL.
Tidak kisah jual apa pun, asalkan ada orang bayar untuk benda yang kita jual. Sudah cukup dah.
Tidak kisah pada harga apa sekalipun, asalkan ada orang beli benda yang kita promosikan, sudah cukup dah.
Tidak kira kita jual online atau offline, di facebook atau di pejabat, di mudah.my atau di pasar malam, asalkan ada orang beli benda yang kita pamerkan, sudah cukup dah.
Buang rasa 'malu' dalam menjual dengan cara: menjual. Tiada cara lain.
Lepas dapat pengalaman menjual baru akal kita berfungsi dengan betul dalam merancang bisnes.
Tidak lagi berangan di awang-awangan.
Tidak lagi fikir mahu buka kedai.
Tidak lagi kejar pinjaman bank.
No comments:
Post a Comment