Jika anda seorang PENJUAL yang menjual di Online,
Ini pesan cikgu marketing saya ---
1) Bina Page.
2) Di dalam page tersebut, jangan sibuk menjual.
Jika anda menjual sambal meletop (contoh),
3) Jangan setiap hari, asyik UP gambar sambal meletop, dengan caption di bawah gambar --- "PM untuk pembelian"
4) Jika anda buat 10 pasting sehari, 10 posting tersebut semua padat dengan gambar sambal meletop anda -- Jangan lakukan perkara ini.
Apa yang patut anda post kan di PAGE anda adalah :-
5) Belakang tabir perniagaan anda. Kalau pekerja anda tengah memasak sambal meletop, snap pic situasi tersebut. Letakkan caption -- "proses membuat sambal meletop untuk pesanan hari ini"
6) Di post yang lain pula, apabila ada pelanggan hendak membeli sambal anda secara COD, ketika pesanan di hantar, mohon untuk bergambar dengan pembeli. Dan post kan gambar tersebut di PAGE anda. Letakkan caption -- "bersama pembeli sambal meletop siang tadi".
7) Sekali-sekala share maklumat. Share infos. Nak share maklumat dan infos apa? Share maklumat dan infos berkaitan produk sambal anda. Mungkin resepi. Mungkin bahan-bahannya. Atau apa istimewanya sambal anda? Makan sekali, berasap seluruh badan ke? Hehhee.. tuuu contoh je.
Dengan posting-posting tersebut, adakah anda menjual di PAGE anda?
Nampak macam tidak menjual bukan.
Tapi, jangan terkejut, tiba-tiba ada orang minta PM -- "Tolong PM harga sambal meletop"
Ini lah di namakan --- MENJUAL TETAPI TIDAK MENJUAL. Logiknya, Manusia suka membeli dengan orang yang mereka percayai.
Bagaimana mereka menanam kepercayaan dalam diri mereka terhadap anda?
Apabila, anda rajin post tentang belakang tabir perniagaan anda, tentang pelanggan anda, TANPA MENJUAL. Ini bermaksud yang anda adalah REAL SELLER.
Bukan seller yang asyik up iklan 10x sehari tanpa jemu.
Reni Bt Rahmat
Mengaplikasikan content marketing
No comments:
Post a Comment