Sunday, March 5, 2017

CARA BUAT JUALAN 20K

Kita akan ubah mindset ke arah mencapai target jualan raya syawal kita tahun ini. Target sekitar RM 20 000 hingga RM 200 000 adalah tidak mustahil untuk kita capai.

Sebenarnya... semua target kita itu adalah semata-mata tentang 'scale up', atau 'ulang buat' perkara yang kecil yang sedia menjadi pada kita. Ulang berkali-kali sehingga tercapai target kita tadi.

Itu sahaja.

Pecahkan RM 20 000 kepada sehari, kita dapat RM 666 sehari. Katakan pula satu produk kita berharga RM 60, maka jumlah yang perlu dijual sehari adalah RM 666 / RM 60 = 11 unit.

Kalau kita mampu jual 11 unit sehari maka kita sebenarnya sudah ada cukup sumber untuk kita 'scale up' kepada RM 20 000 sebulan, dan seterusnya RM 200 000 tahun depan!

Kita tidak perlu pening-pening mahu cari taktik atau teknik yang canggih-canggih. Teknik yang asas pun sudah cukup ok.

Ya ... sebenarnya kita sudah ada semua perkara yang kita perlukan!

Itu adalah "Ah-Ha!" terbesar yang pertama!

No comments:

Post a Comment