JIKA INGIN BISNES KENCANG, ANDA WAJIB IKUTI TEKNIK MARKETING POWERFUL INI :
Satu soalan yg sering diajukan, 'apakah teknik marketing terbaik untuk buatkan hati customer sentiasa berpaut dgn kita?'
Jawapan : kita boleh menggunakan ribuan teknik marketing, tetapi bagi saya ada satu ASAS yang jika ia dilakukan, semua teknik marketing selepas itu menjadi iaitu :
Sebelum kita ingin buatkan hati pelanggan 'cair, pastikan kita 'cairkan hati' PENCIPTA PELANGGAN (Allah s.w.t) dahulu. Kuasai teknik 'marketing' untuk buatkan DIA 'jatuh hati' kepada kita. Kemudian senanglah kerja anda.
Mengapa? Sebab Dialah yang menggerakkan hati pelanggan untuk sukakan produk kita. Jika Dia tak gerakkan, anda belanjakanlah ribuan ringgit, pelanggan tetap 'touch', tapi tak beli then 'go'.
Saya yakin ini prosesnya dan ia tak boleh di'skip' atau di'reverse'. Maaf teknik ini memang anda tak temui jika ikuti mazhab marketing barat kerana Tuhan tiada dlm kamus kapitalis mereka.
Bagaimana cara terbaik untuk 'tackle' hati Dia?
Boleh start dgn small effort but powerful impact. Ia digelar : MULAKAN HARI ANDA DENGAN BERHUTANG.
Maksudnya, wajibkan diri dengan berzikir 'istighfar' at least 100x dan selawat 100x kerana kedua zikir ini amat besar fadhilatnya utk menjemput rezeki.
Tetapi saya faham kadang2 kita agak culas. Maka gunakan teknik ini : Saya setkan minda setiap pagi dengan mindset 'berhutang' kepada Allah. Hutang 100 istighfar dan 100 selawat. Dan ia wajib dibayar sebelum 12 malam. Tak boleh 'carry forward'. Dilarang tidur sebelum jelaskan 'hutang' ini.
Jika tidak, saya kena denda 5 kali ganda. Maknanya jika tak dilunaskan hari ini, esok kena buat 500x istigfar dan selawat.
Memang, zikir ini perlu 'paksarela' sebelum sampai ke tahap 'sukarela'. Macam bayar kredit kad. Masa swipe suka lah, tapi masa bayar culas. Jika tiada elemen 'denda', sampai ke kiamat ia tidak dibayar.
Tapi, ia pasti bertukar ke gear sukarela bila anda melihat rezeki tak putus2 datang nanti. Believe it
Doakan saya juga ya, dan share posting ini agar kita ramai-ramai buat 'sistem barter' berdoa each other di fb :)
Kalau suka share okay 😊.
Credit : Us Asraff Ayob.
No comments:
Post a Comment