Wednesday, March 1, 2017

Beza Marketing Dan Sales

Banyak peniaga kecil tidak tahu perbezaan antara sale dan marketing. Mereka sangka sale dan marketing itu perkara yang sama.

Lazimnya, peniaga kecil tidak mahu mengeluarkan duit untuk belanja marketing. Mereka tidak nampak kaitan antara marketing dengan peningkatan sale.

Mereka fokus pada aktiviti sale sahaja. Ini kerana mereka boleh nampak duit masuk apabila ada sale.

Inilah kerja dan KPI orang marketing:

+ Dia mesti buat sampai semua orang TAHU akan kewujudan bisnes kita.

CONTOH: Jika kita buat taska, orang mesti tahu taska kita wujud. Kalau orang tidak tahu kita ada taska, macam mana mereka hendak mendaftarkan anaknya di taska kita?

+ Dia mesti buat supaya orang bukan setakat tahu, tapi sampai mereka timbul MINAT.

CONTOH: Jika orang setakat sudah tahu kita ada taska, tapi mereka tidak berminat dengan taska kita, maknanya taska kita takkan laku. Mereka tak mahu hantar anak mereka ke taska kita.

+ Dia mesti buat supaya orang bukan setakat ada minat, tapi sampai mereka memang MAHU.

CONTOH: Ini yang mesti dicapai orang marketing. Orang mesti MAHU mendaftarkan anaknya di taska kita. Padahal taska kita belum pun dibuka, tapi ibu bapa sudah mengisi borang pendaftaran!"

*****************************************

Apa beza 'sales' dan 'marketing'?

Sales fokus kepada:
+ jualan
+ produk dan pengedaran
+ kuantiti terjual (ini yang paling penting)
+ kesan jangka pendek
+ bertindak...bertindak...bertindak....

Manakala aktiviti pemasaran atau 'marketing' fokus kepada:
+ analisa pasaran
+ apa yang diperlukan oleh pelanggan
+ strategi penasaran (ini yang paling penting)
+ kesan jangka panjang
+ fikir...rancang....fikir...rancang

Namun, ada satu lagi aktiviti penting selain sales dan marketing, iaitu rancangkan  strategi bisnes, atau genius strategy atau strategic talents yang fokus kepada:
+ menghasilkan / inovasi produk hebat
+ sentiasa fleksibel mengikut situasi
+ merancang untuk semua situasi
+ predicts future results
+ fikir 3x sebelum ambil apa-apa keputusan

MARKETING & SALES

======
Apa kerja Marketing
Apa kerja Sales
======

Marketing

1. Pasang banner ini kerja marketing.
2. Bagi flyers ini kerja marketing.
3. Buat website ini kerja marketing.
4. Hantar surat offer, ini kerja marketing.
5. Minum kopi / bernetworking ini kerja marketing.
.
Sales
1. Negosiasi harga itu kerja sales.
2. Siapkan quotation itu kerja sales
3. Jumpa pelanggan itu kerja sales.
4. Close pelanggan itu kerja sales.
5. Kekalkan pelanggan itu kerja sales.

.

Jadi mulai sekarang sila
asingkan kerja marketing dan sales.

Secara mudahnya nak faham.

Aktiviti Marketing adalah aktiviti membakar duit.
Aktiviti sales adalah aktiviti duit masuk.

Jangan lupa share hokey.

*******************************************

Ringkasnya begini, katakan anda ada kedai:

Marketing - tarik prospek datang kedai
Sales - pujuk prospek membeli

Sebaiknya, marketing orang lain,  sale orang lain

Kalau anda buat Ads, WhatsApp masuk bertalu2 tapi xde sale,  maknanya marketing anda dah bagus. Problem dekat sale.

Jangan buang masa belajar Marketing lagi advance.

Perbaiki skill jualan.

Jangan salah ubat!

3 comments:

  1. Boleh kah satu org dalam organisasi itu buat perkara sama iatu markerting dan sales seorg yg uruskn

    ReplyDelete
  2. Marketing perlu ada. Sekadar basic pun dah boleh start. planning-marketing-action-check result-improve-action.w marketing. Marketing dan sale jalan sekali tapi lebih kan sale. Jual servis, jangan jual produk. Jual produk dalam servis. Dalam masa yang sama marketing terus jalan promosi kan servis dari produk. Marketing tak perlu bersungguh-sungguh. Bersungguh sungguh untuk sale Untuk jangka panjang dengan konsisten. (AR. Sales Manager/ sales person)

    ReplyDelete