Thursday, September 29, 2016

Tips Follow Up Customer

Tips follow up prospect/customer

1) Maklumkan promosi dan offer yang kita sediakan kepada pelanggan ketika followup untuk meningkatkan sales bisnes.

Ketika followup, kita perlu memberitahu apa saja promosi atau offer yang kita buat kepada pelanggan supaya mereka lebih teruja untuk membuat pembelian.

Antara offer yang boleh kita beri ialah free gift, free postage atau apa-apa offer yang sesuai.

2) Followup pelanggan di tengah bulan.

Walaupun tengah bulan bukan masa yang sesuai untuk orang membeli, tetapi ia akan tetap mendatangkan hasil sekiranya kita followup mereka dengan cara yang betul. Ia akan membuatkan pelanggan jadi tak sabar mahu membeli dengan kita.

Usah tunggu lama sehingga hujung bulan, ini kerana kita mahu mengekalkan keterujaan pelanggan untuk terus membuat pembelian selepas mereka teruja mendapat mesej dari kita.

Jika kita biarkan lebih lama, pelanggan juga akan lupa atau mungkin sudah beli produk baru, jadi agak sukar membuat pembelian.

3) Jangan sesekali biarkan pelanggan tanpa followup.

Apabila kita berjaya mendapat no. telefon prospek yang berminat untuk membeli.

Kita akan memulakan perbualan untuk mereka membuat pembelian dan ada juga yang "senyap" selepas itu.

Usah sesekali biarkan prospek yang senyap tanpa sebarang followup. Penting untuk kita followup supaya kita tahu apa yang prospek kita mahukan.

Kadang kala, mereka memang berminat untuk buat pembelian tetapi terlupa kerana ada urusan lain.

4) Dengan followup, kita dapat mengetahui sama ada pelanggan itu benar-benar berminat untuk dapatkan produk kita ataupun tidak.

Mengetahui dan memastikan status pelanggan adalah penting. Ini kerana, ia akan membantu menaikkan sales bisnes kita secara konsisten.

STEP:
1. save database especially contact number customer (minta customer/prospect save no sebelom/selepas membuat pembelian)
2. Add contact no. dlm broadcast group (Eg: customer gozout)
3. Follow up utk tanya feedback product after 3hari.
4. Follow up min 1x sebulan ketika (gaji, offer, release new arrival etc2)

👉 Avoid skeptical thinking terhadap customer.

No comments:

Post a Comment