Thursday, September 29, 2016

Tabiat Jutawan

Menurut kajian, individu kaya dan berjaya terutamanya 'self-made millionaires' mempunyai tabiat mereka sendiri.

1. Sentiasa membuat to-do-list.

2. Bangun 3 jam sebelum mula bekerja, biasanya pukul 4 hingga 5 pagi.

3. Mendengar bahan ilmiah berbentuk audio ketika dalam perjalanan iaitu di dalam kereta, kapal terbang atau keretapi.

4. Menghabiskan masa 5 jam atau lebih setiap bulan untuk ber'networking'. Iaitu berkenalan dan minum kopi dengan usahawan atau individu yang memberi nilai tambah kepada mereka.

5. Menghabiskan masa 30 minit atau lebih setiap hari untuk membaca bahan ilmiah.

6. Menonton TV kurang 1 jam setiap hari.

7. Mempunyai rutin senaman dan mengamalkan pemakanan sihat supaya sentiasa energetik dan otak berfungsi dengan sihat.

8. Suka 'delegate' tugas. Tahu apa yang harus dilakukan sendiri, apa yang harus diserahkan kepada orang lain.

9. Mengurus kewangan dengan baik, peribadi dan syarikat.

10. Mereka gembira dan puas apabila dapat menjayakan orang lain. Mereka kaya dengan mengkayakan orang lain.

.

Tambahan : Syarikat mereka juga menjadi klien dipercayai pembekal, menjadi jenama disukai pelanggan, menjadi majikan pilihan pekerja dan menjadi inspirasi kepada usahawan lain.

.
Nota:

i. Self made millionaires ialah jutawan yang membina kekayaan mereka daripada kosong, bukan melalui pewarisan harta kekayaan generasi terdahulu.

ii. Mereka latih diri untuk mengamalkan tabiat di atas sebelum mereka bergelar jutawan dan disiplin itu kekal sehingga mereka jutawan.

No comments:

Post a Comment