Thursday, September 29, 2016

2. MINDSET BUSINES

Masuk bisnes dengan mindset hanya mahu buat duit tepi. Bukan mindset mahu bina bisnes yang berkembang secara konsisten setiap tahun.

Apabila mindset berubah, gerak kerja kita juga berubah.

.
2. Tidak asing duit peribadi dan duit bisnes. Pengurusan kewangan tidak diambil perhatian.

Urus kewangan tidak betul antara sebab bisnes tidak dapat 'survive' ketika ekonomi tidak sihat.

.
3. Tidak merancang untuk bangunkan bisnes secara berpasukan.

Selesa dengan gaya solo. Semua isu dan beban ditanggung atas bahu kita seorang.

.
4. Tidak mahu upgrade ilmu bisnes.

Selesa dengan keadaan sekarang. Tidak mahu melalui cabaran baharu. Ilmu jualan sekadar nak buat duit tepi lain, ilmu mengembangkan bisnes lain.

.
5. Fokus kepada aktiviti menjual semata-mata.

Ya betul, dengan menjual kita dapat duit.

Tapi, selepas dapat duit macam mana? Nak urus duit tu macam mana?
Mahu guna duit itu untuk kembangkan bisnes macam mana?

Untuk memastikan bisnes berkembang, bukan komponen pemasaran dan jualan sahaja harus diberi perhatian.

.
6. Aktiviti pembangunan pelanggan tidak dibuat.

Terlalu sibuk menjual menyebabkan aktiviti menjaga dan membangunkan pelanggan sedia ada tidak sempat dibuat, duit besar berada di sini.

Masa banyak dihabiskan mencari pelanggan baru.

No comments:

Post a Comment