Walaupun anda jalankan bisnes part time sekadar nak tambah pendapatan atau side income, anda tidak harus abaikan taktik-taktik untuk menarik pelanggan atau menambah pelanggan anda. Terdapat pelbagai idea atau cara untuk membantu anda meningkatkan jualan anda dalam bisnes online.
Hari ini saya nak kongsikan beberapa idea yang saya perolehi daripada beberapa orang IM (Internet Marketer) antarabangsa.
1.Anda harus ada KPI
Anda harus mempunyai KPI (Key Performance Indicators) walaupun anda jalankan bisnes kecil-kecilan atau part time sahaja. Mengapa perlu KPI? Ia dapat membantu anda mengawal dan meningkatkan bisnes online anda. Sediakan rekod dalam setiap butir bisnes anda. Semak setiap hari rekod dan perkembangan bisnes anda dan lihat perkembangan serta peningkatan bisnes.Apakah yang perlu anda rekodkan dalam bisnes online anda? Anda perlu meihat laporan seperti trafik website anda, pengunjung baru, sumber rujukan, tarikan kepada website jualan kepada setiap kunjungan, jumlah jualan bagi setiap jenis promosi yang berbeza dan sebagainya.
Dengan adanya KPI, bisnes anda berfokus dan ada tidak membuang masa dan mengharap anda akan menerima jualan sahaja tanpa membuat apa-apa. Melalui laporan statistik yang diperolehi, anda dapat merancang halatuju promosi anda dan membuat penambahbaikan.
2. Telus dengan kos penghantaran
Anda harus memberi penerangan yang jelas berkenaan kos-kos penghantaan. Ini perlu dilakukan agar pelanggan anda memahami proses pembelian yang akan mereka lakukan. Disamping itu elakkan sebarang kos tersembunyi dalam proses penghantaran. Nyatakan dengan bahasa yang mudah difahami dan ringkas berkaitan proses penghantaran dan pembelian. Sediakan kemudahan yang sesuai untuk pelanggan anda berurusan seperti online banking, master kad, paypal, dan sebagainya.
Apabila pelanggan berasa selesa dengan proses pembelian anda, mereka akan membuat pembelian ulangan dan menghebahkan kepada rakan-rakan mereka. Ini membantu meningkatkan jualan dan pelanggan anda.
3. Kenalpasti Pelanggan
Kenalpasti pelanggan anda seperti siapa mereka, di mana mereka tinggal, minat mereka, umur, dan sebagainya. Selain itu kenalpasti juga bagaimana anda mendapatkan mereka samada melalui mobile marketing, laman sosial, atau laman web.
Maklumat-maklumat tersebut akan membantu anda membuat promosi dan tawaran pembelian. Misalnya jika ramai pelanggan anda adalah dari laman sosial seperti facebook, maka anda harus membanyakkan promosi dan diskaun atau tawaran hadiah dalam facebook. Fokuskan sahaja promosi jualan anda dalam facebook dan mengurangkan promosi dalam laman web.
4. Gunakan Google Analytics
Anda harus gunakan kemudahan Google Analytics untuk menganalisa rekod pelawat berkaitan kesalahan sesuatu mesej dalam laman web. Gunakan data tersebut untuk mengenalpasti di mana pelawat selalu membeli dalam laman web. Kaji laman web yang menjadi tumpuan pelawat daripada segi ayat jualan yang digunakan serta tawaran dan hadiah untuk menarik pelawat untuk membeli. Kaji juga bagaimana laman web tersebut mengunakan gambar-gambar untuk menarik minat pelawat.
5. Gunakan promosi mobile marketing.
Ramai pengguna internet kini beralih membeli melalui telefon bimbit. Anda harus mula menggunakan aplikasi dalam telefon bimbit untuk menjual. Jadikan website anda mesra telefon bimbit. Website anda harus boleh diakses melalui telefon bimbit daripada segi saiz, ikon, gambar dan lain-lain. Mulakan menambah ilmu berkaitan mobile marketing untuk bersama dalam perubahan teknologi terkini.
Demikian beberapa idea ringkas dan mudah yang sempat Income Kini kongsikan kali ini. Banyak lagi idea menarik yang mampu membantu meningkatkan jualan bisnes part time anda. Selalulah mencari ilmu-ilmu berkaitan internet marketing.
No comments:
Post a Comment