1) Bank in harini dpt freegift/bonus
2) Bank in harini dpt diskaun
3) Bank in harini dpt postage free
4) Moneyback guarantee / refund policy
Wednesday, March 29, 2017
CTA Power
Monday, March 27, 2017
5 Golden Rules dalam sistem ejen.
1. Commitment
- Bila kita inginkan ejen untuk menjual produk kita, maka kita perlukan commitment untuk berikan panduan atau mentoring kepada mereka selagi mereka menjadi team kita.
2. Investment
- Banyak yang kita perlu invest atau laburkan kepada ejen-ejen supaya mereka sentiasa produktif. Investment di sini bukan bermaksud duit tetapi 'masa' untuk melatih mereka supaya menjadi Leader yang mantap.
3. Consistent
- Ramai orang mengalami masalah ejen datang dan pergi. Itu adalah masalah yang biasa dialami oleh ramai orang. Bagi mengatasi masalah ini, kita perlu sentiasa consistent merekrut ejen-ejen baru bagi mengekalkan momentum bisnes kita.
4. Patience
- Proses membentuk Leader memerlukan masa yang lama dan berperingkat. Jadi, sentiasa sabar dan fokus kepada program pembangunan ejen.
5. Involvement
- Sentiasa berinteraksi dan berkomunikasi dengan ejen supaya 'engagement' dengan mereka meningkat. Lebih kerap kita berinteraksi dan berkomunikasi dengan ejen, lebih rapat hubungan kita
dengan mereka.
Cara Tulis di Page
Jika anda seorang PENJUAL yang menjual di Online,
Ini pesan cikgu marketing saya ---
1) Bina Page.
2) Di dalam page tersebut, jangan sibuk menjual.
Jika anda menjual sambal meletop (contoh),
3) Jangan setiap hari, asyik UP gambar sambal meletop, dengan caption di bawah gambar --- "PM untuk pembelian"
4) Jika anda buat 10 pasting sehari, 10 posting tersebut semua padat dengan gambar sambal meletop anda -- Jangan lakukan perkara ini.
Apa yang patut anda post kan di PAGE anda adalah :-
5) Belakang tabir perniagaan anda. Kalau pekerja anda tengah memasak sambal meletop, snap pic situasi tersebut. Letakkan caption -- "proses membuat sambal meletop untuk pesanan hari ini"
6) Di post yang lain pula, apabila ada pelanggan hendak membeli sambal anda secara COD, ketika pesanan di hantar, mohon untuk bergambar dengan pembeli. Dan post kan gambar tersebut di PAGE anda. Letakkan caption -- "bersama pembeli sambal meletop siang tadi".
7) Sekali-sekala share maklumat. Share infos. Nak share maklumat dan infos apa? Share maklumat dan infos berkaitan produk sambal anda. Mungkin resepi. Mungkin bahan-bahannya. Atau apa istimewanya sambal anda? Makan sekali, berasap seluruh badan ke? Hehhee.. tuuu contoh je.
Dengan posting-posting tersebut, adakah anda menjual di PAGE anda?
Nampak macam tidak menjual bukan.
Tapi, jangan terkejut, tiba-tiba ada orang minta PM -- "Tolong PM harga sambal meletop"
Ini lah di namakan --- MENJUAL TETAPI TIDAK MENJUAL. Logiknya, Manusia suka membeli dengan orang yang mereka percayai.
Bagaimana mereka menanam kepercayaan dalam diri mereka terhadap anda?
Apabila, anda rajin post tentang belakang tabir perniagaan anda, tentang pelanggan anda, TANPA MENJUAL. Ini bermaksud yang anda adalah REAL SELLER.
Bukan seller yang asyik up iklan 10x sehari tanpa jemu.
Reni Bt Rahmat
Mengaplikasikan content marketing
Friday, March 17, 2017
Cara Dapat 10 orang pembeli
=========================
Di sana Menanti, Di sini Menunggu
=========================
Tujuan Iklan ialah Untuk Hebahan/Promosi terhadap produk yang kita nak jual
Promosi tak semestinya orang beli.
Ada kalanya orang beli.
Bagaimana nak pstikan org beli?
# Jual Ikut Apa yang Pelanggan Inginkan. (Sebab tu kita tidak jual sebarangan produk)
# Jual Kepada mereka yang memang nak cari mender ni (Sebab tak semua orang akan guna produk kita jual)
Boleh jadi 100 org tengok, hanya 10 berminat. Hanya 1 Membeli
Jadi jika nak 10 Jualan, kena bagi 1000 orang tengok.
Bagi Orang Tengok Secara Offline (Buka Kedai, Jumpa Orang, Send Wasap kat Orang) + Kena bagi org tengok Online (FBAds)
Wah Besar la Kos!!!
Ya. Vida Beauty & DHerbs makin kaya selepas habiskan berjuta ringgit di TV3
Maka, setakat 1 Iklan baru kita Run, kita dah nak kaya. Mana Boleh..
Kena POSITIF, kerana Menjual Nie Melibatkan Orang Lain Bagi Duit Kepada Kita.
Kita Kena Yakinkan Pelanggan Kita, Bahawa Produk Kita ini memenuhi keperluan dan selesaikan masalah MEREKA.
InshaAllah mereka akan beli suatu ketika nanati.
Berusaha Mencari Rezeki Yang Halal. Kata Orang, mana ada rezeki berlumba-lumba datang pada kita. Kita yang kena berlumba-lumba cari rezeki.
Moga Perkongsian Dari Saya ini Bermanfaat.
#amazing #coachzul #manjaddawajada
Sunday, March 5, 2017
CARA BUAT JUALAN 20K
Kita akan ubah mindset ke arah mencapai target jualan raya syawal kita tahun ini. Target sekitar RM 20 000 hingga RM 200 000 adalah tidak mustahil untuk kita capai.
Sebenarnya... semua target kita itu adalah semata-mata tentang 'scale up', atau 'ulang buat' perkara yang kecil yang sedia menjadi pada kita. Ulang berkali-kali sehingga tercapai target kita tadi.
Itu sahaja.
Pecahkan RM 20 000 kepada sehari, kita dapat RM 666 sehari. Katakan pula satu produk kita berharga RM 60, maka jumlah yang perlu dijual sehari adalah RM 666 / RM 60 = 11 unit.
Kalau kita mampu jual 11 unit sehari maka kita sebenarnya sudah ada cukup sumber untuk kita 'scale up' kepada RM 20 000 sebulan, dan seterusnya RM 200 000 tahun depan!
Kita tidak perlu pening-pening mahu cari taktik atau teknik yang canggih-canggih. Teknik yang asas pun sudah cukup ok.
Ya ... sebenarnya kita sudah ada semua perkara yang kita perlukan!
Itu adalah "Ah-Ha!" terbesar yang pertama!
Apa perlu ada dalam Database
Inilah Customer Database Yang Sebenar
===
.
Customer Database ini sebenarnya sangat mudah. Jangan kita terpinga-pinga memikirkannya.
.
Paling ringkas, Customer Database adalah senarai nama, nombor telefon dan/atau emel SEMUA pembeli yang pernah membeli dengan kita.
.
Lebih sedikit lagi, ianya disertai dengan senarai produk, harga dan tarikh pembelian oleh customer di atas.
.
Lebih canggih lagi, setiap pembeli tadi disertai juga dengan semua perbualan yang telah berlaku antara mereka dengan kita.
.
Paling super canggih, setiap pembeli tadi disertai juga dengan semua kempen marketing yang pernah mereka terima dan juga yang pernah mereka respons.
.
Inilah semua data yang perlu ada dalam Customer Database.
.
Sebab itu namanya Customer DATAbase ... ada perkataan DATA di situ.
.
Daripada data inilah kita boleh nampak pattern pembelian dan pattern customer kita. Inilah maklumat paling mahal dalam setiap bisnes.
.
Dengan maklumat ini, kita boleh rancang kempen yang lebih tepat agar lebih win-win kepada kita dan juga pelanggan.
.
.
ps: Sebab itu jugalah, repeat customer adalah jauh lebih bernilai daripada new customer!
Ayat Iklan Ajak Org Bisnes
Kepada mereka yang makan gaji dan tidak pernah berniaga, tetapi mahu mula bina projek 'duit tepi':
Perkara pertama yang perlu dipelajari adalah MENJUAL.
Tidak kisah jual apa pun, asalkan ada orang bayar untuk benda yang kita jual. Sudah cukup dah.
Tidak kisah pada harga apa sekalipun, asalkan ada orang beli benda yang kita promosikan, sudah cukup dah.
Tidak kira kita jual online atau offline, di facebook atau di pejabat, di mudah.my atau di pasar malam, asalkan ada orang beli benda yang kita pamerkan, sudah cukup dah.
Buang rasa 'malu' dalam menjual dengan cara: menjual. Tiada cara lain.
Lepas dapat pengalaman menjual baru akal kita berfungsi dengan betul dalam merancang bisnes.
Tidak lagi berangan di awang-awangan.
Tidak lagi fikir mahu buka kedai.
Tidak lagi kejar pinjaman bank.