Thursday, January 19, 2017

Teknik Marketing Powerfull

JIKA INGIN BISNES KENCANG, ANDA WAJIB IKUTI TEKNIK MARKETING POWERFUL INI :

Satu soalan yg sering diajukan, 'apakah teknik marketing terbaik untuk buatkan hati customer sentiasa berpaut dgn kita?'

Jawapan : kita boleh menggunakan ribuan teknik marketing, tetapi bagi saya ada satu ASAS yang jika ia dilakukan, semua teknik marketing selepas itu menjadi iaitu :

Sebelum kita ingin buatkan hati pelanggan 'cair, pastikan kita 'cairkan hati' PENCIPTA PELANGGAN (Allah s.w.t)  dahulu. Kuasai teknik 'marketing' untuk buatkan DIA 'jatuh hati' kepada kita. Kemudian senanglah kerja anda.

Mengapa? Sebab Dialah yang menggerakkan hati pelanggan untuk sukakan produk kita. Jika Dia tak gerakkan, anda belanjakanlah ribuan ringgit, pelanggan tetap 'touch', tapi tak beli then 'go'.

Saya yakin ini prosesnya dan ia tak boleh di'skip' atau di'reverse'. Maaf teknik ini memang anda tak temui jika ikuti mazhab marketing barat kerana Tuhan tiada dlm kamus kapitalis mereka.

Bagaimana cara terbaik untuk 'tackle' hati Dia?

Boleh start dgn small effort but powerful impact. Ia digelar : MULAKAN HARI ANDA DENGAN BERHUTANG.

Maksudnya, wajibkan diri dengan berzikir 'istighfar' at least 100x dan selawat 100x kerana kedua zikir ini amat besar fadhilatnya utk menjemput rezeki.

Tetapi saya faham kadang2 kita agak culas. Maka gunakan teknik ini : Saya setkan minda setiap pagi dengan mindset 'berhutang' kepada Allah. Hutang 100 istighfar dan 100 selawat. Dan ia wajib dibayar sebelum 12 malam. Tak boleh 'carry forward'. Dilarang tidur sebelum jelaskan 'hutang' ini.

Jika tidak, saya kena denda 5 kali ganda. Maknanya jika tak dilunaskan hari ini, esok kena buat 500x istigfar dan selawat.

Memang, zikir ini perlu 'paksarela' sebelum sampai ke tahap 'sukarela'. Macam bayar kredit kad. Masa swipe suka lah, tapi masa bayar culas. Jika tiada elemen 'denda', sampai ke kiamat ia tidak dibayar.

Tapi, ia pasti bertukar ke gear sukarela bila anda melihat rezeki tak putus2 datang nanti. Believe it

Doakan saya juga ya, dan share posting ini agar kita ramai-ramai buat 'sistem barter' berdoa each other di fb :)

Kalau suka share okay 😊.

Credit : Us Asraff Ayob.

Laburkan duit utk marketing

RM80JUTA HABIS BUAT MARKETING??

Maigaddd!! Terbeliak bijik mato den haaaa. Rasa nak diet takmau makan nasik terus akak dengar. Hahahaha over ngat hang!! Hahaha. Ni kos yang Dato Vida kita dah spent. Nah sikit sebanyak duit Dato Vida habis bab marketing untuk 2016

25juta - buat sales produk saja
16juta - sponsor bola
2.8juta - sponsor setiap episod gegarvaganza (12episode kan GV?)
50ribu - bayar sekali run fb ads (fb ads dah banyak)

Lain² tak kira lagi. Punya la banyak Ya Allah dia spent. Tergamam terus. Tak kira kos masuk TV lagi. Dato kata saya tak berkira sebab saya nak pulangan balik lebih banyak

Kita ni bab marketing kedekut gila. Then nak sales juta². Sila sentap berjemaah ya. Hahaha

Business ni bab marketing memang makan duit. Modal or kos produk tu tak mahal mana pon. Yang mahal modal marketing. Gugur terus rambut kalau tak pandai buat marketing

Free cost marketing pon taklepas lagi. How nak pergi pada paid marketing? Mohon insof bersama²

#silatamparmukasendiri
#DyraHadi

Wednesday, January 18, 2017

Kepentingan Database Sharing dari Lyn

Saya nak sharing tentang Skrip Close Sale Gaya Jutawan ☺

Boleh saya tau berapa orang dah pelanggan syg?
Simpan x database diorg?

Tau tak apa yg paling MAHAL dalam bisness?
*D A T A B A S E*

D A T A B A S E is
Nama, no tel, ic

Utk apa?
💕 Follow up
💕 Testimoni
💕 Convert customer kpd agent
💕 Customer beli berkali2
💕 Promosi
💕 Launch produk baru
💕 Buka booth
💕 Buka Kedai

Bila ada pelanggan atau prospek tanya berkenaan produk, syg pm mcmana?

First step
Kenalkan diri.
Beri salam, perkenalkan diri dan kepakaran.
Tanya nama prospek dan dia dari mana.

Step ke 2
Mintak diorang save no kita.
Save siap2 no kita, then bg...suruh diorg save.
Sbb utk kita create broadcast. Kalau diorang tak save nombor hp kita, nanti diorang tak dapat message time kita "broadcast"

Caranya senang je. Anda save nombor sendiri dalam hp. Lepas tu, share pada dia no contact kita.

Contoh skrip:
Assalamualaikum sis😊
Saya doakan sis sihat & ceria😍😍😍

Saya Athirah Che Azimi Monster Stokis Kuantan, kepakaran saya adalah membantu wanita menambah pendapatan dengan zero cost.

Sis simpan no saya ni ye...
Bg no...

Lepas tu tanya...
Boleh saya tau nama sis dan sis tinggal di mana?

Dia dah jawab, baru kita tanya...

Ada yang boleh saya bantu?
Sis (sebut nama dia) berminat produk yang mana ye?😊😊

Step yg ke 3
Berikan kelebihan produk yg dia tanya.
Kalau dia cerita masalah atau tanya pendapat, cadangkan produk apa yg sesuai.
Diorang sangat suka bila kita cadangkan sbb meningkatkan keyakinan customer, menunjukkan kita pakar dalam bidang ni.

Step yg ke 4
Bagi testimoni berkaitan masalah dia.
Jangan bagi harga lagi tau.

Step 5
Baru bagi kelebihan produk..
Bukan ciri2 produk.

Step 6
Beritahu harga asal, harga promosi yg pengenalan, promosi 3 jika ada, promosi combo yg promosi hari wanita...dan jimat berapa RM.

Step 7
Jangan terus beri maklumat pembayaran. Guna teknik cross sale dan upsale pula.

Step ke 8
Tawarkan satu tawaran supaya customer bank in segera.
Contoh: Free postage @ Free gift
Tak digalakkan meletakkan free gift di wall fb. Sebaiknya di pm, bimbang berebut customer.

Step ke 9
Baru berikan cara untuk membuat pembayaran.

Step ke 10
Edit nama customer dengan nama dan tarikh dia beli.
Edit nama prospek dengan nama dan tarikh dia tanya.

Selamat bertindak! 😍
Moga Allah swt permudahkan urusan dear♥

Monday, December 5, 2016

Cara bina website

CARA CARA MEMBINA WEBSITE SENDIRI
sertai kelas secara jarak jauh 'live'
.
nama website@laman sesawang adalah satu platform yang tersedia untuk diterokai , untuk membina satu website 2 perkara asas yang diperlukan adalah
1️⃣Domain
2️⃣Hosting
.
Apa itu domain ?
domain adalah alamat nama yang WAJIB kita daftar bagi identiti kan laman sesawang kita alah yang www tu :)
.
bagi pendaftar weebly , blogspot atau seangkatan nya , ia masih dalam kategori website tetapi menumpang dirumah mereka, kerana itu lah alamat web kita perlu ada platform mereka dahulu baru diikuti nama kita
contoh : weebly.com/dirazaffrina , perasan tak ? facebook pun sama :) facebook ni adalah contoh terbaik satu sistem laman sesawang yang dibina sangat hebat , dari website lah anda boleh jadikan ia mobile aps , sebab tu facebook ada aps mesra phone .
.
nak daftar domain dimana ?
secara umum dan ringkas provider saya bahagikan kepada 2
1️⃣local provider iaitu MYNIC yang memegang alamat nama dihujung .my - boleh beli di mynic.my
2️⃣international provider yang memegang .com dan ada reseller nya contoh godaddy
.
Domain ini perlu dilanggan mengikut tahun , ada yang buat pakej ada yang buat tawaran tahun pertama murah macam godaddy rm 5 sahaja 😂 bila nak renew boleh cecah ratus .
.
Antara harga domain dan kategori nama domain yang usahawan selalu beli adalah
1️⃣dot com - RM 50 ( standard )
2️⃣dot my - RM 120 ( tak masuk gst )
3️⃣dot com dot my - Rm 80 ( tak masuk gst )
.
INGAT ! Jika boleh beli ketiga2 jenis domain ni , kerana andai brand anda dikenali orang boleh manipulasi nama brand anda .
.
sebagai contoh : katakan lah satu hari saya jadi popular ( cewaaah ) saya hanya beli domain dirazaffrina.my , orang cerdik dia boleh beli nama domain dirazaffrina.com atau dirazaffrina.com.my dan cuba manipulasi dengan menumpang populariti nama saya untuk tarik trafik atau menjual semula domain tersebut dengan harga yang mahal sangat .
.
cuba bayangkan jika berlaku pada perniagaan anda , cuba bayangkan berlaku pada nama besar seperti zalora , lazada ? jadi seeloknya beli lah domain untun ketiga tiga jenis tu .
.
apa pula hosting ?
hosting adalah tempat penyimpanan data kita nanti . macam handphone and computer yang Gb , mb tu hehe ia juga WAJIB dilanggan .
.
nak daftar hosting pula dimana ?
mereka yang menawarkan servis langganan sewaan tapak , selalu mereka yang ada server boleh jalan kan bisnes ni . boleh check kat google banyak pakej yang ditawarkan .
.
apa ciri ciri hosting yang bagus?
1️⃣DISK SPACE - Space yang dilanggan berapa besar .. 3Gb ke 5gb ke 10 gb ke dan disk 1gb pun sebenarnya cukup untuk buat satu website asas ... seperti website korporat , yang tak banyak upload gambar .
.
2️⃣BANDWIDTH - bandwidth ni kapasiti yang dibenarkan untuk trafik masuk ke laman sesawang kita , bandwidth ni lah selalu mereka limitkan bagi membezakan pakej per pakej .
.
3️⃣MYSQL database - ini pun penting sebab jika beli hosting dengan Mysql limited kepada 1 sahaja , bermakna website anda hanya boleh pilih satu content je untuk di install .Apa pula content ? huhu ok itu sekejap lagi saya terangkan .
.
4️⃣add on domain , sub domain ni merujuk kepada satu hosting boleh park atau create berapa banyak domain akaun yang menumpang di domain kita  .
.
5️⃣emel akaun - rasa bangga tak bila bagi Name kad , awak ada emel korporat sendiri @nama syarikat atau brand korang ,contoh dira@adzgroup.com.my .
jangan risau webmail ni boleh di export ke gmail anda , walaupun orang email ke emel korporat , anda boleh dapat di gmail anda , boleh setting .
.
Harga hosting ?
bermula Rm 100 - rm 700 pun ada .
jangan tamak dan terpengaruh , beli space yang kecil dulu nanti boleh upgrade .
.
setelah selesai beli domain dan hosting ada sedikit teknikal yang perlu anda buat atau anda boleh minta provider buatkan dimana menghubungkan domain yang dibeli ke hosting , kemudian baru lah anda akan menerima CPANEL  ( ini bergantung juga mereka nak guna platform apa ) yang pasti CPANEL ni umpama sistem yang perlu anda log in , bagi tujuan membina website.
.
dan anda akan terima CPANEL username dan password bagi tujuan untuk install contant kedalam nya .
.
Apa pula contant tu ?
itu lah dia apps atau tapak atau templet yang perlu anda install untuk menjadikan website anda sama ada dalam bentuk
1️⃣website infomasi ( korporat )
contoh : www.adzacademy.com.my

2️⃣website e-commerce ( shopping cart)
contoh : www.prelovedhandbags.my/shop
(boleh sambungkan dengan payment gateway)

3️⃣atau kedua2 nya
contoh : www.theclassilk.my
(boleh sambungkan dengan payment gateway)
.
nak install content ni ada dalam cpanel anda iaitu dibahagian
.
SOFTACULOUS APP INTALLER
.
ada banyak pilihan kat situ
1️⃣WORDPRESS
2️⃣OPENCART
3️⃣WOOCOMMERCE
4️⃣JOOMLA
.
pernah dengar shopify ? itu antara app tapi berbayar , yang atas ni untuk templet basic ia PERCUMA .
.
selesai install , website anda telah siap untuk dikemaskini dalam view yang asas
.
buat sendiri je , semudah replace & replace 😅
.
masih perlukan bimbingan? semudah bayar dan datang kelas untuk uruskan website ,yang lain kami uruskan .
.
ambil lah pakej domain + hosting dari #adzacademy dengan nilai
.
‼️RM 250 sahaja ‼️
.
anda akan perolehi
.
✅2 domain iaitu dot my dan dot com dot my
✅1 hosting disk space 5gb unlimited .
✅kelas online 'live' membangunkan website
✅nota mengemaskini web anda
.
terhad 100 yang pertama , harga asal RM 599
CEPAT REBUT PELUANG INI
.
daftar sini : www.bit.ly/vol-4
daftar sini : www.bit.ly/vol-4
daftar sini : www.bit.ly/vol-4
.
atau bagi no tel , Amelia Atil ( 0123758985 ) akan bantu anda .
.
SHARE & KONGSI INFO NI

Tuesday, November 29, 2016

IDEA MARKETING

Walaupun anda jalankan bisnes part time sekadar nak tambah pendapatan atau side income, anda tidak harus abaikan taktik-taktik untuk menarik pelanggan atau menambah pelanggan anda. Terdapat pelbagai idea atau cara untuk membantu anda meningkatkan jualan anda dalam bisnes online.

Hari ini saya nak kongsikan beberapa idea yang saya perolehi daripada beberapa orang IM (Internet Marketer) antarabangsa.

1.Anda harus ada KPI

Anda harus mempunyai KPI (Key Performance Indicators) walaupun anda jalankan bisnes kecil-kecilan atau part time sahaja. Mengapa perlu KPI? Ia dapat membantu anda mengawal dan meningkatkan bisnes online anda. Sediakan rekod dalam setiap butir bisnes anda. Semak setiap hari rekod dan perkembangan bisnes anda dan lihat perkembangan serta peningkatan bisnes.Apakah yang perlu anda rekodkan dalam bisnes online anda? Anda perlu meihat laporan seperti trafik website anda, pengunjung baru, sumber rujukan, tarikan kepada website jualan kepada setiap kunjungan, jumlah jualan bagi setiap jenis promosi yang berbeza dan sebagainya.

Dengan adanya KPI, bisnes anda berfokus dan ada tidak membuang masa dan mengharap anda akan menerima jualan sahaja tanpa membuat apa-apa. Melalui laporan statistik yang diperolehi, anda dapat merancang halatuju promosi anda dan membuat penambahbaikan.

2. Telus dengan kos penghantaran

Anda harus memberi penerangan yang jelas berkenaan kos-kos penghantaan. Ini perlu dilakukan agar pelanggan anda memahami proses pembelian yang akan mereka lakukan. Disamping itu elakkan sebarang kos tersembunyi dalam proses penghantaran. Nyatakan dengan bahasa yang mudah difahami dan ringkas berkaitan proses penghantaran dan pembelian. Sediakan kemudahan yang sesuai untuk pelanggan anda berurusan seperti online banking, master kad, paypal, dan sebagainya.

Apabila pelanggan berasa selesa dengan proses pembelian anda, mereka akan membuat pembelian ulangan dan menghebahkan kepada rakan-rakan mereka. Ini membantu meningkatkan jualan dan pelanggan anda.

3. Kenalpasti Pelanggan

Kenalpasti pelanggan anda seperti siapa mereka, di mana mereka tinggal, minat mereka, umur, dan sebagainya. Selain itu kenalpasti juga bagaimana anda mendapatkan mereka samada melalui mobile marketing, laman sosial, atau laman web.

Maklumat-maklumat tersebut akan membantu anda membuat promosi dan tawaran pembelian. Misalnya jika ramai pelanggan anda adalah dari laman sosial seperti facebook, maka anda harus membanyakkan promosi dan diskaun atau tawaran hadiah dalam facebook. Fokuskan sahaja promosi jualan anda dalam facebook dan mengurangkan promosi dalam laman web.

4. Gunakan Google Analytics

Anda harus gunakan kemudahan Google Analytics untuk menganalisa rekod pelawat berkaitan kesalahan sesuatu mesej dalam laman web. Gunakan data tersebut untuk mengenalpasti di mana pelawat selalu membeli dalam laman web. Kaji laman web yang menjadi tumpuan pelawat daripada segi ayat jualan yang digunakan serta tawaran dan hadiah untuk menarik pelawat untuk membeli. Kaji juga bagaimana laman web tersebut mengunakan gambar-gambar untuk menarik minat pelawat.

5. Gunakan promosi mobile marketing.

Ramai pengguna internet kini beralih membeli melalui telefon bimbit. Anda harus mula menggunakan aplikasi dalam telefon bimbit untuk menjual. Jadikan website anda mesra telefon bimbit. Website anda harus boleh diakses melalui telefon bimbit daripada segi saiz, ikon, gambar dan lain-lain. Mulakan menambah ilmu berkaitan mobile marketing untuk bersama dalam perubahan teknologi terkini.

Demikian beberapa idea ringkas dan mudah yang sempat Income Kini kongsikan kali ini. Banyak lagi idea menarik yang mampu membantu meningkatkan jualan bisnes part time anda. Selalulah mencari ilmu-ilmu berkaitan internet marketing.

Tuesday, November 1, 2016

Tips FB Marketing

===============
Pemasaran facebook - Tips1
===============

Jika anda ingin membuat bisnes di facebook, KEPERCAYAAN amat penting untuk membuat pelanggan produk kita. Tapi persoalanya bagaimana kita ingin membina kepercayaan tersebut ?

Terdapat 10 cara bagaimana anda boleh bina kepercayaan pelanggan di facebook.

1. Demo

Tunjukkan demostrasi produk atau servis yang anda tawarkan.

2. Profile Picture

Gambar "Profile Picture" anda mesti gambar yang sebenar.

3. Social Proof

Anda boleh "printscreen" total fan atau komen di pages anda.

4. Relationship

Setiap kali fan anda komen di page anda, reply komen tersebut

5. Fakta

Berikan fakta yang tepat mengenai produk anda.

6. Testimonial

Anda boleh post testimonial berbentuk video, printscreen whatapps/sms, gambar pelanggan bersama  produk.

7. Real Bisnes

Upload aktiviti yang anda lakukan seperti gambar produk, gambar staff sedang membuat kerja, gambar pelanggan sedang membeli.

8. Jaminan

Anda boleh beri jaminan dari sudut pemulanggan wang.

9. Authoriti

Gambar artis yang menggunakan produk anda, pakar dalam bidang yang berkaitan dengan bisnes anda atau anugerah yang pernah anda dapat.

10. Konsisten

Anda perlu membuat "like marketing" secara konsisten dan jangan berhenti. Page anda juga sentiasa di update, paling kurang 1 post 1 hari.

#Pemasaranfacebook
#Tipspemasaran