Tuesday, October 4, 2016

Kenali Produk Anda

Kenali Produk Anda

1. kena tahu nak jual kepada siapa
2. kena tahu USP (unique selling property)

1. Ramai orang jual deodorant, tapi apa uniknya MB sampai kita boleh convince orang untuk beli MB dan bukan produk lain?

Sebab kita sendiri pakai dan tertarik dengan MB, semua orang sedar atau tak memang dah tau apa USP MB ni..

2. Kita kena create reason untuk orang beli dari kita dan bukan dari orang lain.

what made me different?

Antaranya bila orang dapat parcel dari anda , mereka excited sebab ada :

1. Freegift
2. Ada voucher
3. Ada kad jadual makan vitamin
4. Ada pamphlet

Waktu Hot Up Status


Anda tahu bila waktu hot untuk up status?

update status ikut waktu ni, sebab waktu mcm ni la orang dok membelek hp memasing 😋😋😝:

💕pagi antara pukul 7-9
💕tgh hari antara pukul 12-2
💕petang antara pukul 4-6
💕malam antara pukul 8-10

Monday, October 3, 2016

#TIGA (3) KESILAPAN ORANG MUDA DALAM BISNES

#TIGA (3) KESILAPAN ORANG MUDA DALAM BISNES - DIBAHAGIKAN KEPADA TIGA FASA
---------------------------

FASA 1 - BELUM MULA
.......

Tidak bermula. Asyik tunggu masa sesuai untuk bermula.

Buku bisnes sudah banyak baca, guru bisnes sudah ramai follow. Langkah pertama masih belum dimulakan.

Mulakan sahaja. Mula seawal mungkin.

Kita akan banyak belajar apabila sudah bermula.

Selagi tidak memulakan, selagi itu jalan berkelabu.

Mula sedikit, jalan akan terang sedikit. Begitulah seterusnya.

Mula dengan modal kecil. Belajar gandakan duit kecil dahulu. Usah mula dengan besar-besar, duit pinjaman, modal puluhan atau ratusan ribu. Bila bubar, sakitnya tuh di sini.

.
FASA 2 - SUDAH MULA
.......

Apabila sudah bermula, mahu cepat kaya.

Majoriti bisnes ambil masa untuk buat duit banyak.

Buat duit sikit dahulu, lama-lama duit banyak akan datang.

Sabar.

Terus berusaha setiap hari dan percaya satu hari nanti bisnes kita akan sampai titik lonjakan.

Buang 'hati tisu' itu.

Lihat kejayaan kecil usahawan lain. Bergaul dengan mereka. Luaskan bulatan kenalan kita. Sedikit sebanyak ia dapat beri dorongan kepada kita untuk terus konsisten buat sampai jadi.
.

FASA 3 - BISNES SUDAH BUAT DUIT
.......

Apabila bisnes sudah berjaya buat duit, terlalu lama berada dalam zon selesa.

Buat duit memang seronok. Dapat duit poket setiap bulan. Ini fasa berjinak-jinak dengan duit banyak.

Jangan lama-lama berada dalam fasa buat duit. Bisnes yang buat duit belum tentu dapat bertahan lama.

Bisnes terbahagi kepada banyak komponen. Bukan komponen buat duit (jualan) sahaja yang harus dikukuhkan.

Ada lagi komponen lain seperti :

+ Pemasaran
+ Khidmat pelanggan selepas jualan.
+ Admin
+ Kewangan
+ Pengurusan sumber manusia.

Belajar mensistemkan bisnes kita.

Mula belajar ilmu membina syarikat dan bisnes yang dapat bertahan, berdiri teguh dan berkembang untuk jangka masa yang panjang.

+ Labur semula keuntungan bisnes untuk luaskan pasaran produk.
+ Belajar berniaga dengan cara berpartner.
+ Belajar ilmu pembangunan organisasi.
+ Bina ahli pasukan - PENTING!
+ Lantik orang betul urus kewangan syarikat.
+ Tambah baik sistem dan SOP.
+ Bayar cukai, bayar zakat. Kemudian labur sebahagian keuntungan untuk beli aset.

Otak buat duit hanya fikir 30 hari ke 6 bulan akan datang.

Otak bina bisnes berfikir 10 tahun ke hadapan.

Mulakan langkah daripada SOLO-preneur (Self-Employed) kepada BUSINESS OWNER. Susun batu-bata bisnes kita itu sehingga satu hari nanti ia berdiri teguh dengan asas yang kuat, tidak rapuh.

Fb: Hasbul 'Ariff

Sunday, October 2, 2016

Tips Jawab PM


Skrip
  Intro
  Info produk
  Testimoni
  Payment

Tips JAWAB PM


Tips JAWAB PM

Intro

1)  TAARUF -
Salam. Nama saya Salsabila dari stokis Magic Blue. Boleh panggil saya Sal. Boleh saya tahu nama cik & dari mana?
Nota : Mesti tanya,  Ape dia nk jawab tak kisah.

2)  KENAL MASALAH PELANGGAN
"Sis, saya takut sis terbeli produk yang salah.  Produk ni tak sesuai untuk semua orang. Boleh saya tahu sebelum ni sis pernah guna deo apa? Dan selalunya apa masalah sis sepanjang guna deo tu?
Nota :
-Mesti tanya,  Ape dia nk jawab tak kisah.
-Sediaka testimoni mirip dengan masalah dia

3)  WUJUDKAN  PERSAMAAN
“ Saya pun ade masalah yang sama seperti sis, tp lepas sehari saya guna magic blue, memang bau badan saya betul2 hilang hingga 4 hari..” lebih dari apa yang dijanjikan..
Nota :  pelanggan akan lebih selesa bila kita punyai persamaan

4)  Beri Tawaran Istimewa
Satu RM29, tapi kalau tuan beli 4 hanya RM100. Jimat RM32. Cik nak cuba 1 atau 4?
Sis Tak perlu tambah RM10..  Hanya RM100 sahaja. Kos postage adalah ditanggung oleh saya.

5)  Limited time offer / Urgency
Kalau cik buat bayaran sebelum 3 petang ni, saya pos hari ni jugak & esok cik dah dapat produk ni.

Tips Follow Up Prospek Krik2

Camni..

Minggu 1 - hantar tips + #tag

Cth:
#Magicblue
#Bebasbaubadan3hari
#Ketiakcerahsecaraalami

Minggu 2 - hantar tips +#tag
Minggu 3 - hantar tips+ #tag
Minggu 4 minggu gaji.  - hantar Offer lagi.  + 👇🏻

Salam Sis, semoga sis sihat dan bertambah-tambah rezeki dari Allah.

InsyaAllah esok, sy ade buat pengeposan Magic Blue ke seluruh negara. Kalau Sis nak selit order, sy boleh uruskan.. Sis berminat nak selit order?

Cara Dapat Customer dari FB personal

Cara dpt customer di FB.

Kalau ikut sifu saiful mcm ni..

Caranya..

1. Pm target prospek

2. Add sbg friends

3. Ucap terima kasih bila dia add

4. Hantar hadith tentang kelebihan bersahabat.

5. Teruskan msg sbg sahabt.

6. Jangan bagitahu kita jual produk apa sehinggalah dia tanya kita.

7. Sebab bila kita sentiasa mesej, like dan komen pada post dia. Apa2 yg kita tulis dlm fb akan naik kt wall dia. Jd secara tidak lansung dia kan tahu kita jual produk apa.

8. Bila dia tanya kita jual apa barulah kita cerita tentang produk.